Jadi jutawan kerana eksport rambut manusia

Jadi jutawan kerana eksport rambut manusia

hanifidrus
Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.
Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.
"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.
Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.
Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.
"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.
Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.
Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut.

Catat Ulasan

13 Ulasan

Blog Santai berkata…
Rezeki dia orang kan...lepas ni jual kuku pulak...
Jue Jaynee berkata…
waa mcm best ni..


jutawan
MalizaMah berkata…
macam geli semacam jew nak buat ni. herk herk.
Unknown berkata…
eksport rambut pun boleh jadi jutawan.. :)

nasib baik saya gunting rambut kat rumah aje... kalau pergi salon, sah2 rambut saya termasuk antara rambut yang dieksport tu... ^_^
Reena Sidek berkata…
mcm2 cara nak cari rezekikan...
tirahzairi berkata…
wahhh bnyknyeee rmbut...geli lak tgk...hihi
wantie berkata…
sebab tu la dalam islam di galakkan tanamrambut yang di potong terutama kaum wanita.

rambut pun sebahagian daripada anggota tubuh kita. fikir fikirkanlah.

dorang ni nak guna rambut kita untuk buat berus make up kot.

hai.. mcm mcm kan.
Unknown berkata…
rezeki cara dieorg...... takde pulak depa nk kena jangkitan kutu......he3
SURIA AMANDA berkata…
mak aii..cane rdia nak asingkan rambut reject..contohnya kalau beruban or berkutu?
Asmar Arafad berkata…
saya tag anda jom ke
http://asmarpunyablog.blogspot.com/2012/10/impian-mampu-abg-stalker.html
Aimacomel berkata…
errrk, pelik gila wat keje camni
Unknown berkata…
boleh ke aku nak buat keje ni?
eiii geli jugak.
ada film seram pasal rambut ni jugak,rambut org dah mati mereka jual lepas tu berhantu la.
meremang bulu gua. hahaha
jojoyy berkata…
haiyyoo mengarut btul.. gelinye nak pakai rambut palsu. rambut orang plak tu.