Salam Satu Blogger. Hari ini nak bercerita tentang hormat menghormati.
Dalam budaya Malaysia amnya budaya melayu , hormat menghormati sesama insan amat di titik beratkan.
Kalau kita berjumpa dengan sorang perempuan tua , kita digalakkan menyapa Makcik atau Pakcik.
Kalau kita berjumpa dengan orang yang hampir sebaya umur kita akan memberi salam. Takkan nak panggil adik atau abang kot.
Bagi lelaki lak kalau jumpa perempuan dan kalau keliru dengan umurnya kita panggil adik..
Perempuan kan suka kalau dipandang muda selalu...hehehehehhee.
Dan budaya terbaru pula kalau kita berjumpa dengan rakan-rakan lelaki kita panggil bro...
Yang perempuan kita nak panggil apa yek. Aku biasa panggil nama ajer...kikikiki.
Dalam budaya berblogging biasanya yang lelaki kita panggil bro atau perempuan kita panggil nama sahaja.
Tapi yang paling aku tak suka ialah kalau ditempat kerja atau dunia blogging panggil aku Encik Hanif, Incik Hanif, Cik Hanif (dah jadi pompuan lak..hehehehe)
Aku tak ler terima panggilan tersebut kerana terlalu formal sangat. Biasanya kalau di tempat kerja aku suruh dia orang panggil aku abanggggg....kikikiki.
Panggilan Encik ini hanya perlu jika berlaku urusan yang terlalu serius dan memerlukan perbincangan empat mata dengan penuh fakta tanpa ada unsur-unsur kelakar.
Itu pendapat aku tentang panggilan Encik..
Kalau kau panggil aku abang (di tempat kerja) so secara psikologinya aku masih boleh bergurau dengan kau kerana ianya adat Melayu yang spontan.
Aku bayangkan macam mana kau nak bergurau dengan boss kau kalau kau panggil Encik. Kekok kan.
Kalau boss kau suruh panggil abang, gapping tu tak terasa sangat kot.
Yang penting saling hormat menghormati..
Kalau anda sering membaca entri saya, panggilan kepada diri saya ialah aku.. Kerana kalau penggunaan saya agak terlalu formal. Kalau aku ianya santai dan tidak memerlukan formaliti dalam perbincangan. Cuma pada pendapat orang lain mungkin ianya agak kasar, itu aku faham. Tapi itulah aku.
Dan kepada semua rakan-rakan blogger, u can call me bro. OK..
Aku santai dan kalau rasa nak kutuk aku pun boleh tapi siap kau dengan bahasa kutuk orang Melaka.
Tak mahulah ber encik-encik...aku segan lak..hahahahhahaha.
Tapi aku juga tak mahu kau orang panggil aku pakcik!!!!
30 Ulasan
Terjah sini ==>> Adat Vs Agama
uncle ja la.. :)
ok la, pasni panggil abang..kehkeh
heeheh *gurau jerk ye ;)