Lelaki Jadi Pengasuh Bayi?

Lelaki Jadi Pengasuh Bayi?

hanifidrusMahukah anda melepaskan anak-anak kecil di bawah jagaan pengasuh lelaki? Apa kata berubah angin dengan memberi peluang kepada golongan pengasuh lelaki menjaga anak-anak semasa anda keluar bekerja.

Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di Britain.

“Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar pemanas sahaja.
"Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata Michael.

Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu.

Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000 (RM248,048).

Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard

Catat Ulasan

5 Ulasan

Unknown berkata…
zmn skang sume xmustahil..lelaki da bley wt keje pmpuan..begitu sebaliknya... :)
Unknown berkata…
lelaki pon serba boleh..
Tengok sini ==>> Hak Eksklusif Seorang Perokok
Unknown berkata…
semua nya boleh kalau kita belajar dgn tekun dan praktikkan segala yg dipelajari.....
Aimacomel berkata…
xsalah pun kalau lelaki jadi pengasuh budak. kadang2 lelaki punya kerja lebih teliti & kadang2 mereka punya 'care' tu lebih hebat dr wanita :)
Cikrosecute berkata…
lelaki pun ada bakat jadi pengasuh kikiki