Pelik: Kereta diparkir di balkoni tingkat 3

Pelik: Kereta diparkir di balkoni tingkat 3

hanifidrus
Usaha mencari ruang meletak kereta di sebuah pusat bandar raya yang sibuk sentiasa membuatkan setiap pemandu tertekan.
Jika meletak di tempat yang dilarang, pemandu terdedah kepada saman. Mereka juga berdepan dengan masalah kekurangan siling untuk dimasukkan ke dalam meter.
Tetapi pemilik kereta ini mengambil tindakan melampau untuk mengelak warden parkir dengan menempatkan keretanya 20 meter di udara.
Kereta Toyota Yaris merah ini dilihat diletakkan di balkoni sebuah blok apartmen di Kiev, ibu negara Ukraine.
Bagaimana dan mengapa kereta itu diletakkan di situ masih misteri.
 
Ia tidak mungkin dipandu menerusi tingkap. Dan sudah pasti pemandu kren yang mempunyai kemahiran tinggi diperlukan untuk mengangkat kereta itu untuk diletakkan di tempat berkenaan. Mungkin ia satu usaha pintar oleh pembuat kereta terbabit

Catat Ulasan

15 Ulasan

wantie berkata…
beyond my expectation.
cam na tu leh parking kat situ.
haryati berkata…
camne tu ye...????
Tanpa Nama berkata…
uiks...ada plak macam tu ye?
TiranaAduka berkata…
salam bro.
Pelik tetapi benar
Qaseehtolia berkata…
TERBAIKKKKK!!!!!
Tanpa Nama berkata…
utk hiasan semata2 je ni..
Nor Zilla Sensei berkata…
kalu macam tu nanti bole buat balkoni bergerak plak..lagi sng org nak parkir kereta.hehe
Shaiful Zaidi berkata…
keta terbang kut...hehehe
Mrs Velentine berkata…
punya teror dia ni
OKje berkata…
Yelah..... mesti keta tokey crane ni....he...he..
Blog Santai berkata…
Biar betul......entah-entah mocking car kot...
Cikrosecute berkata…
mak oi!! tingginya...camna dia letak ya...
Unknown berkata…
hahahahaha terbaik la...ada gk gitu ia
Unknown berkata…
rasanya marketing strategi tu......