Seorang remaja lelaki memperjudikan nyawanya meredah api semata-mata mahu menyelamatkan seorang budak yang terperangkap dalam rumah terbakar, lapor media semalam.
Sejurus sebelum itu, Nelson Fonangwan, 16, lena tidur tetapi terjaga apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong di kawasan kediaman mereka di Southampton, Hampshire.
Menurut Fonangwan, dia mendapati asap tebal keluar dari sebuah rumah tidak jauh dari situ.
Pada masa sama, ibu kepada dua anak, Aneta Jedlikoswka, 32, menumbuk pintu dapurnya untuk membolehkan dia menggapai tangan anaknya yang baru berusia dua tahun, Adam.
Melihat keadaan itu, Fonangwan bergegas ke rumah berkenaan, manakala ibunya menghubungi talian kecemasan 999.
Kata Fonangwan, Aneta memecahkan kaca tingkap rumah itu bagi membolehkan Adam diselamatkan.
9 Ulasan
Regards,
-Strider-
Syukur Allah berikan kekuatan kepadanya utk menyelamatkan baby tu