Susu 1 Malaysia Amat Diragui

Susu 1 Malaysia Amat Diragui

Salam satu blogger. Ingatkan semalam nak review 1 blog lagi setelah segmen tamat. Tak dapat!!!
Sebab anak pompuan aku Hanis, muntah-muntah dan cirit birit. Masuk ni dah 2 hari dah semenjak balik sekolah.

Ini semua gara-gara minum susu 1 Malaysia. Pada mulanya aku bukan percaya sangat sebab anak aku ni bukan betul. Tah-tah lepas minum susu, dia makan jajan macam2, amik kau perut tu bergelegak...hehehe. Kena bebel juga ler....

Tadi pagi adik ipar aku hantar klinik pergi check. Doktor tu siap kata jangan minum susu 1 Malaysia tu. Dapat m/c 3 hari. Malam ini tak baik-baik lagi, muntah dah kurang tapi tercirit-birit.

Kasihan aku tengok muka anak aku,lesu sangat. Nak ambil gambar tepek kat sini pun tak syok rasanya. Bontot mesti dah melecet asik ke tandas ajer...hihihihi.

Yang penting tak muntah-muntah lagi. Kalau ke tandas tu kesan ubat cuci perut kot.

Lepas tu anak aku kata tempoh hari ada juga rakan-rakan yang minum susu 1 Malaysia muntah-muntah. Cikgu hantar klinik sikit-sikit naik kereta.

Dan 2 hari lepas aku ada blog tentang satu sekolah kena keracunan makanan lepas minum susu 1 Malaysia.

Wah!!!!! Ni yang tak best ni.. Lagi jiwa aku tak tenang. Tah-tah anak aku kena keracunan makanan ker. Aku cepat-cepat nasihat anak aku minum air suam seberapa yang banyak.

Mak dia nasihatkan anak aku jangan minum lagi susu 1 Malaysia lagi.

Kes mcm ni berlaku, sekolah juga yang disalahkan. Padahal pengedar yang dilantik ini tak bertanggungjawab!!!! Macam mana bentuk pemantauan yang dilakukan terhadap pengedar dalam menjamin kesegaran susu 1 Malaysia ini.

Padahal dah banyak kes sedemikian yang berlaku sepatutnya diambil tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat.

Aku memang tengah benggang ni. Kalau esok anak aku cirit-birit lagi, memang aku akan telepon pengetua buat aduan. Bukan salahkan sekolah tapi aduan kepada pengedar susu 1 Malaysia di sekolah anak aku ni.

Aku tak ler panik sangat tapi memang tahap gaban benggang punya. Doakan anak aku sihat kawan-kawan..

Kalau Hanis sihat nanti hujung tahun ni kita pergi Legoland yek tengok abah naik roller coaster...hahaha.

Catat Ulasan

19 Ulasan

LiNda berkata…
semoga hanis cepat sembuh ye. dah byak da dgr complaint psal susu 1 malaysia tu..haisshh.sekolah2 tlong le amik tindakan.

*bukan hanis yg main rollercoaster, tp abahnye yg main..kihkih
Asmar Arafad berkata…
susu kat sekolah ni sejak dari dulu pun sama kalau minum mesti sakit perut
SURIA AMANDA berkata…
get well soon Hanis, harap xde apa2..itu la..nak kasi semua kemudahan, kesenangan tp kualiti x jaga...yg mendapat kesan budak2 kan...
LiLy @ MaMaQiStInA berkata…
Sian Hanis..moga cepat sembuh ye...
nanti boleh abah bawa p Legoland.. :)
TRAVELOG ATEH berkata…
susu 1 malaysia rasanya xberkualiti. nie bkn kes baru tp dah lama dah. ramai dah studnt yg jadi mangsa. tp nak salahkan susu xbleh jugak. ada sesetngah tue kalau minum susu pg2 tentu skit perut. Hanis cepat2 la sembuh yer. leh p legoland. Abahnyer dah janji tue...
nursuriani berkata…
doakan anak abe hanip sihat weh!!!!
Unknown berkata…
budak budak memang tak leh main rollercoaster pon.. hehehe nasib baik sya ni fobia dengan tinggi, tak payah nak g legoland.. hahaha

Berbalik ke cerita asal, betul ke sebab susu 1 malaysia?? bukan susu tu ke yang dilabelkan semula?? atau pon air kat kantin sekolah memang tak masak?? guna ais yang terus dari paip air tanpa di masak?? tu kena tengok gak tu.. Kebersihan kantin tu yang penting.. cube report kat pengetua, suruh pantau cara penyediaan makanan kat kantin.. kalau bersih maknanya susu la kot..

panjang bebenor komen
Unknown berkata…
alhamdulillah, stakat ni dkt sek sy lum ade kes lg....
smpi je stok arini, esok terus bg bdak2 minum.... tp ade cekgu yg akan try dlu....
budak2 yg x sihat, x dibenarkan minum..
Shaiful Zaidi berkata…
moga anak Hanif cepat sembuh..
Azlan Strider berkata…
laa...kesian kat dia..semoga dia cepat sembuh..dah banyak orang complain pasal susu 1 malaysia nie..isk.isk..

Regards,
-Strider-
Mummy MM berkata…
Hish, takutlah saya nak soh adik saya minum = _ =
haryati berkata…
perlu diambik berat perkara ni... kena kaji semula susu tu...
Tanpa Nama berkata…
kes ni macam dah lama la abg hanif..dulu masa budu sekolah..kami minum susu lain. semalat je.. dapat susu 1mesia..amikaw... ^^
Nor Zilla Sensei berkata…
ishk..kesiannyer..tu la kena cepat2 tukar susu lain. moga adik hanis cepat sembuh
Aimacomel berkata…
erm maaf cakap la, memang banyak sgt kes keracunan pasal susu sekolah ni.. kesian budak2 kan bila kena macamni. badan budak bukannya kuat sangat. even kita yg dah besar ni pun bila kena food poisoning pun badan lemah selemah2nya ni kan pulak kanak2. mungkin lepas ni kena fikirkan cara penyelesaian yg sebaiknya. niat nk beri susu percuma tu baik. pembekal susu kena lah prihatin
Tanpa Nama berkata…
pihak sekolah juga perlu peka dgn hal ini....sblm bagi ngan budak perikssa ler dulu....jgn main hentam je......pembekal susu pun satu hal jugak.....
kucing hitam berkata…
Aisk,minum susu 1 malaysia pun sekarang boleh efek macam tu ke..? maybe ada kaitan dgn cara pemprosesan susu la tu kot..
Cikrosecute berkata…
ya ke.....nasib baik info....kena hati2 sebab tahun depan anak yg sulong darjah satu...semoga anak hanif cepat sembuh....sorry ya...kalau ada komen silap type...pakai tab nie susah sikit....
Unknown berkata…
semoga cepat sembuh hanis.....