9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal

9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Terbaca satu kisah di facebook tentang tajuk ini. Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine khususnya umat islam tak perlu kita pertingkaikan.
Dan syukur seluruh umat islam seluruh dunia bersatu padu dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin ini.

Dan rakan-rakan blogger kebanyakkan memperjuangkan nasib umat islam ini melalui tinta elektronik yang dikurniakan kepada kita. Dan ini adalah sebahagian dari sumbangan kita dalam menyemarakkan semangat seluruh umat islam.
Jom baca artikel yang saya jumpa di facebook:

 Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin. Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza. Apa tidaknya ?

 1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.

2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

 3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. israel f16 Igauan Israel menjadi realiti... Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

 4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

 5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

 6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

 7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel. 

8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

 9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.

Ingatilah firman Allah swt : وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -
 Surah al-Imran ayat 54 “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

 Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar…. Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar..... Kuasa Allah tiada tandingan......
Aimacomel berkata…
Syukur Ya Allah kau beri mereka kekuatan utk bina Roket tu. dengan bantuan & kuasamu jua Ya Allah,
Tanpa Nama berkata…
Marilah kita sama berdoa. K.o israel. K.o israel. K.o israel k.o israel. Amin
Unknown berkata…
akan tiba balasan dari Allah untuk mereka....amin
Unknown berkata…
nama roket pun al Qassam ternyata...kekuat nama tersebut
yayahnasake berkata…
eeerrrmmmm ..... ooohhh.....
Unknown berkata…
subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar..
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum. saya betul2 harap abg boleh tolong.. blog sy 'chikimaruko.blogspot.com' TERDELETE.. mulanya nak delete email.. tak sangka dia bersangkut paut, asalnya blog tu guna email ayesharamlee8, pastu sy tukar ke bloggergirl84@gmail.com..

so semak je rasa ada banyak email, nak lah delete yang email lama.. last2, hah ni makan dia.. :)

pedihnya hati.. apa2 nanti, email ayesha tau... atau fb je..

http://www.facebook.com/ayesharamlee
MalizaMah berkata…
leeza sgt bersyukur.
Blog Santai berkata…
Hanya ALLAH yang tau perancangannyya..Terus berdoa untuk keselamatan umat islam diseluruh dunia..