Salam Satu Blogger. Huh!!! tajuk memang dahsyat. Aku bukan nak tulis
pada anda yang saya ini blogger yang hebat. Aku bukan hebat sangat pun
tapi bagaimana kamu nak jadi blogger yang hebat!!
Bagaimana kita nak klasifikasikan blogger itu hebat atau tidak?
Jika ia berblogging 5 tahun anda dah boleh di klasifikasikan blogger
yang hebat? Adakah usia blog itu menandakan anda blogger yang hebat?
Jika anda hendak menjadi blogger yang hebat anda kena mengetahui 2
perkara ini iaitu Alexa dan Pagerank!!
Kerana mereka berdualah yang akan menentukan samada anda ini blogger
yang hebat atau tidak..
Sebagai contoh ialah jika anda mempunyai syarikat, jika syarikat anda
mempunyai kelayakan ISO 9001:2008 anda dah boleh mendabik dada bahawa
syarikat anda adalah syarikat yang bersistem.
Alexa rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh Alexa
berdasarkan jumlah traffic atau pengunjung pada blog. Ranking sesebuah
blog itu akan berubah setiap hari berdasarkan kedua-dua kategori ini. Alexa yang semakin menurun nilainya
akan dianggap baik, lagi turun lagi baik!!!
Pagerank pula dihadiahkan oleh Google. Bermaksud blog anda
mempunyai backlink yang baik serta entri keyword yang telah diindex
dengan baik serta SEO yang baik.
Maksudnya Google mengiktiraf blog anda ini mesra blogging atau mesra
Google..tak lembab, ada linkage ( senang spider nak lompat ke blog anda)
Pagerank yang semakin meningkat dianggap semakin baik ( PR1 - PR10)
Melalui nilai yang diberikan ini anda boleh melihat potensi blog anda
dari masa ke semasa. Jika Alexa anda sentiasa dalam keadaan menurun
menandakan blog anda menuju ke arah pembaikan. Dimana anda seorang
penulis yang konsisten dan mempunyai traffic yang konsisten. Tetapi
jika sentiasa naik, blog anda semakin menurun potensinya. Ertinya anda
malas berkarya..
Manakala pejuang-pejuang SEO pula akan sentiasa mengejar pagerank,
kemahiran dan pengetahuan mereka akan diuji melalui pagerank yang akan
diberikan oleh Pak Google. Semakin naik makna anda semakin baik dan
tiba-tiba turun maknanya ilmu SEO anda belum cukup mantap.
Sudah tentunya jika anda sudah mempunyai pangkat yang baik dalam Alexa
dan Pagerank hasilnya anda akan kecapi dari segi pengiklanan dari
syarikat-syarikat persendirian. Penambahan dalam pendapatan yang baik!!
Jika anda mempunyai blogshop sudah tentu blogshop anda akan meletup
kerana ia mempunyai pengunjung dan sentiasa berada dalam carian pertama
Google!!!!
Jika anda seorang penulis, sudah tentu karya anda akan sentiasa di baca
oleh rakan-rakan blogger dan pengikut-pengikut setia.
Mahukah anda menjadi blogger hebat!!!!!!!!!!!!!!!
Dalam dunia ini jangan mendabik dada anda yang terhebat..
Anda kata anda PR4 tapi ada blogger yang mempunyai PR7.
Anda kata Alexa anda bawah 10,000 tapi ada yang blogger yang bawah
6,000.
Ingin menjadi blogger yang hebat sentiasa kena usaha..dan usaha...
Yang penting blog anda sentiasa mempunyai peningkatan....
Cakap senangkan..tapi aku sebenarnya dah penat mengejar pagerank
ini....huhuhuhuhu..
HanifIdrus Blog masih PR1 dan Alexa dalam 300,000.... dan menurun sikit..
17 Ulasan
Anyway thanks utk info baik ni abg hanif. Isnyallh akan diguna pakai nanti
ambil tahu juga pasal benda ni sikit-sikit... even tak tahu secara detail...