Bangunan paling ‘hodoh’ dibuka tahun depan

Bangunan paling ‘hodoh’ dibuka tahun depan

hanifidrus
Hotel berbentuk piramid setinggi 105 tingkat yang dibina di ibu negara Korea Utara ini sejak lebih 20 tahun lalu, akhirnya akan dibuka.

Sebahagian Hotel Ryugyong diharap dapat dibuka pertengahan tahun depan, 26 tahun selepas pembinaannya bermula. Ia adalah bangunan ke-47 paling tinggi di dunia dengan ketinggan 335 meter dan mempunyai jumlah aras kelima paling banyak.

Reto Wittwer, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kempinski AG, syarikat pengendali hotel antarabangsa berkata, hanya 150 bilik di tingkat paling atas akan digunakan untuk hotel berbanding 3,000 yang dicadangkan sebelum ini. Baki ruang bangunan berkenaan akan digunakan untuk kedai, pejabat, dewan majlis dan restoran.

Struktur bangunan yang amat besar itu yang digelar ‘Hotel Kiamat’ sebelum ini menjadi sumber tarikan dan cemuhan di seluruh dunia serta memalukan pihak berkuasa negara itu yang diketuai Parti Pekerja Korea.

Korea Utara mula membina Ryugyong pada 1980-an tetapi menghentikannya apabila negara itu dilanda krisis ekonomi dan kehabisan pembiayaan pada 1990-an. Ia diundi sebagai ‘Bangunan Terburuk dalam Sejarah Peradaban Manusia’ oleh majalah Esquire pada 2008 yang menyifatkan Ryugyong sebagai ‘sangat hodoh walaupun pada standard komunis.’

Pembinaan luaran bagaimanapun disambung semula pada 2009 apabila syarikat Mesir, Orascom Telecom, mengambil alih. Beberapa laporan baru-baru ini berkata, hotel itu akhirnya sudah siap untuk dibuka. Orascom Telecom melancarkan rangkaian telefon bimbit di negara itu pada 2008 dan dilapor membelanjakan RM660 juta untuk menyiapkan permukaan bangunan berkenaan.

Pada September lalu, sebuah agensi pelancongan yang berpejabat di Beijing dibenar melihat bahagian dalam bangunan itu dan menyiarkan gambar lobi yang masih berlantai dan berdinding konkrit

Catat Ulasan

8 Ulasan

OKje berkata…
Ha..ha..lamanya nak siap....
Unknown berkata…
mmg xcntik pun bgunnanye ..hihi
Anisa Anuar berkata…
sbb xde originality kot...tu yg xbpe cantik
shahdiana berkata…
kenapa nak kata bangunan tu hodoh pulak...tengok macam ok je...tapi lama sungguh sampai 20 tahun lebih baru nak bukak...
Korn Ahmad berkata…
hodoh ke? nampak macam okei ja....
Unknown berkata…
lama nyer.... tapi memang tak menarik langsung....tapi tak tahu ler lepas nie dia buatkan air terjun mengalir dari puncak tu..... mesti ohsem.....
Mrs Velentine berkata…
cantik je bangunan ni