Budak Hobbit bakal dirawat

Budak Hobbit bakal dirawat

hanifidrus
GELARAN budak Hobbit bakal terkubur selepas berpeluang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada kakinya.

Xiao Meng, 14, atau budak Hobbit disahkan menghidap ketidaknormalan neurofibrimatosis iaitu sejenis genetik menyebabkan kakinya membesar sejak dilahirkan.

Menurut doktor, kaki Xiao membesar melebihi saiz badan dan keadaan bertambah sukar apabila keluarganya gagal memberi rawatan kerana kemiskinan.

Kesusahan Xiao lenyap selepas pihak Hospital Kanak-kanak Shanghai bersetuju memberi rawatan percuma kepadanya sekali gus membuang tumor secara berperingkat sehingga budak Hobbit ini memiliki kaki yang normal.

"Saya gembira kerana rakan-rakan tidak akan menggelar saya sebagai budak Hobbit lagi dan mampu memakai kasut," kata Xiao.

Catat Ulasan

7 Ulasan

ajax85 berkata…
Kebesaran Allah Swt
Unknown berkata…
moga berakhir segala penderitaan nya......
MalizaMah berkata…
knp panggil dia hobbit. huuuuuu
yayahnasake berkata…
baguslah kalo macam itu... dapatlah dia pakai kasut selepas ini :P
boni kacak berkata…
semoga segalanya berjalan lancar buat budak tu...
Unknown berkata…
sian kan, Syukur sangat dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya. sekurang kurangnya saya dijadikan sebagai sesempurna manusia.