China pamer helikopter penyerang baru

China pamer helikopter penyerang baru

hanifidrus
China semalam mempamerkan sebuah helikopter penyerang baru yang dikatakan setanding dengan pesawat seumpanya yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat dan Russia.

Sebuah unit Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC) menunjukkan buat kali pertama kepada awam helikopter WZ-10 atau ‘Thunder Fire’ di pameran udara di Zhuhai, Guangdong.

Akhbar China Daily melaporkan, Beijing mempamerkan pelbagai kelengkapan tentera, termasuk dron baru dan sebuah model jet pejuang generasi akan datang di pameran berkenaan. Ia selaras dengan usaha negara itu untuk membangunkan sendiri keupayaan ketenteraannya dan pada masa sama, mencari pelanggan untuk produknya.

Lebih 30 perwakilan tentera asing menghadiri pameran berkenaan, lapor agensi berita Xinhua. Helikopter penyerang itu yang direka untuk misi antikereta kebal, bertujuan menyaingi AH-64 Apache Amerika Syarikat dan Mil Mi-28 Russia, lapor China Daily yang memetik kenyataan beberapa pakar China.

AVIC turut mempamerkan sebuah lagi helikopter pada pertunjukan itu - WZ-19, atau ‘Black Tornado,’ yang direka untuk misi sokongan kepada tentera darat, lapor akhbar itu.

Catat Ulasan

8 Ulasan

wantie berkata…
ish.. risau la kalau barang china ni. boleh meletup tak. or tersepit tangan ke kat celah celah mana ke..
MalizaMah berkata…
woooo 1001 follower dh awk. like.
hihok.....
china semakin advance.
Unknown berkata…
teringin sangat nak naik helikopter
huwaa!!
Unknown berkata…
made in china...... takut recorn jer..... express....he3
Pha Is berkata…
made in china... hahaha
Unknown berkata…
wah semua benda china boleh buat kan
Razif berkata…
China semua ble jadi ... tak semua brg dr china tu tak ok
Cikrosecute berkata…
China memang hebat...Patutlah ada peribahasa..."Mencari Ilmu Hingga Sampai Ke Negara China..