Doktor hanya caj pesakit AS$5 di AS

Doktor hanya caj pesakit AS$5 di AS

Seorang doktor perubatan mengenakan bayaran sebanyak AS$5 (RM15.20) untuk setiap pesakit yang mahu memeriksa kesihatan mereka di kliniknya di sini. Dr. Russell Dohner yang berusia 87 tahun itu sebelum ini mengenakan bayaran hanya AS$2 (RM6.12) di kliniknya pada tahun 1955.

"Saya hanya mahu menjadi seorang doktor yang membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan," katanya.
"Saya tidak pernah berhasrat untuk memperoleh banyak wang," tambahnya.
Setiausaha doktor itu, Edith Moore mengutip bayaran pendaftaran itu.

Dohner memberitahunya supaya tidak mengambil bayaran tersebut terhadap beberapa pesakit.
Bagaimanapun, beberapa pesakit membuat bantahan kerana doktor tersebut enggan menerima sebarang bayaran.
"Saya akan membayar anda AS$20 (RM61.25) pada masa depan," kata salah seorang pesakit. - Agensi

Catat Ulasan

4 Ulasan

Aieda Adnan berkata…
bagus betul dr ni
wantie berkata…
semoga doktor doktor kat M'sia berperangai mcm ni.
aman malaysia...
Unknown berkata…
dia cuma check aja.....nak beli ubat kena pi farmasi......
Cikrosecute berkata…
Kalau Kat Malaysia ada Doktor Baik Cam gini seronoknya...