Salam Satu Blogger. Hari ini adalah hari Family Day atau bahasa omputih primary Annual Dinner kilang aku. Bukan kilang aku tyek..kilang tempat aku bekerja..hahahahhaa.
Kilang Jepang..
Seperti tertera di atas, acara ini berlangsung di Hotel Equatorial, Melaka.
Aku akan menjamu mata melihat pelbagai pakaian yang dipakai oleh pekerja-pekerja TKR dari pelbagai bangsa dari Malaysia, Myammar, Cambodia, Nepal dan Indonesia.
Kamera aku juga telah dicas dengan penuh dan hanya menanti waktu untuk snap semua event yang berlaku pada hari ini. Tak sabar nak snap gambar-gambar dan upload di blog ini.
Sebab tu aku buat entri pasal Teknik Letak Gambar Di Blog semalam...hehehehhehe
Aku juga tak sabar menanti debaran kumpulan penari jabatan aku yang telah berlatih selama sebulan tanpa henti!! Aku dapat merasakan aura kemenangan mereka nanti.
Selain itu acara Miss TKR juga merupakan acara kemuncak Family Day kali ini.
Semua rupawan TKR akan bertanding siapa yang paling cantik antara yang tercantik untuk dinobatkan sebagai MISS TKR.
Pertandingan nyanyian juga merupakan debaran pada setiap kali Family Day kami. Kali ini kami diwakili raja karaoke kami..hehehehhe.
Mcee jemputan kami ialah Shuib iaitu suami Siti Sarah. Harap-harap ceria majlis ini nanti dengan kehadiran mereka ini.
Selepas majlis ini nanti aku akan upload gambar-gambar sepanjang majli sini yek.
12 Ulasan
selamat enjoy hehehe,