Salam Satu Blogger. Kecohnya pasal Taufan Sandy melanda New York.
Kadar kematian pul aaku baca semalam hanyalah kecederaan sahaja. Cuma ketugian harta benda yang mencecah RM20 billion.
Tapi bila kita berbicara penindasan kaum Rohinya di Myammar yang mencecah beribu-ribu manusia yang ditindas, tak ada pula akhbar dunia kecoh.
Bila berbicara kebuluran disesetengah negara tak ada yang kecoh..
Bila berbicara tentang Palestine banyaknya dolak-dalik yang tidak logik...
Inilah dunia... zaman sekarang ini. Yang berkuasa bila sakit, semua beria-ria untuk mendengar khabar. Bila yang miskin sakit, macam sampah diperlakukan...hehehehehhe
Hari ini aku nak copy paste cerita dunia kat blog ini pun semua tentang Taufan Sandy. Dan untuk 2 hari ini aku memang tak sempat buat entri sebab sibuk uruskan dancing group aku ini....huhuhuhu.
Pasal keranda terkeluar pun dah jadi isu pasal Taufan Sandy ini...hehehehe.
Bestnya...jadi kuasa besar...
Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.
Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York.
Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut.
Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington.
Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada.
11 Ulasan
jmput join segemn
http://cikzaniff.blogspot.com/2012/10/segmen-kau-yang-ku-sayang_31.html
tq
Sebab kalau namanya Siti Khadijah...memang dah dibom keranda nie beramai2:)