Kereta elektrik ( Full Spec Beg Udara)

Kereta elektrik ( Full Spec Beg Udara)

hanifidrus
MAJORITI pembikin kereta seluruh dunia sejak berdekad lalu, menganggap beg udara keselamatan hanya sesuai ditempatkan di kawasan tempat duduk dalam sesebuah kenderaan.

Namun kini, sekumpulan penyelidik Jepun berjaya menukar anggapan itu dengan mencipta produk terbaru iaitu kereta elektrik dibaluti kusyen atau dengan lebih tepat sebagai beg udara.

Syarikat pengeluar kereta iSAVE YOU, Humanix, mendedahkan kereta yang memiliki tiga tayar ini adalah satu daripada kenderaan elektrik paling selamat di dunia.

"Sebenarnya rangka kereta ini seperti kereta golf yang bahagian luarnya dibaluti dengan beg udara berkusyen yang berfungsi sebagai pembidas hentakan.

"Kereta ini sesuai untuk golongan tua dan kurang upaya," kata Presiden Humanix, Profesor Tsutomu Masujima.

iSAVE YOU kini dalam persediaan untuk dipasarkan pada harga 790,000 yen (RM29,326).

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
selamat la kalau cenggini. hmm.. mcm mcm org buat utk keselamatan . bila nak sampai malaysia ni. boleh rembat sebijik
FaizalRSD berkata…
mahal juga kereta belon tu ye bang?haha!
OKje berkata…
Nep apa lagi booking le!he..he..
Mrs Velentine berkata…
nak satu..boleh..hee
MalizaMah berkata…
Jepun mmeng terbaik ..... thumb up.
Unknown berkata…
mungkin lagi selamat !!! kita tak tahukan.....
TiranaAduka berkata…
still maintain motor triumph bath tub.tirana aduka