Komputer riba punca tak subur

Komputer riba punca tak subur

Salam Satu Blogger. Kepada semua lelaki-lelaki blogger yang menggunakan laptop jangan letak laptop kau atas peha kau sebab ia akan merosakkan sperma kau dan berpotemsi mandul...hehehhe
Siapa yang ada buat ?

Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.

Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya. Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn. Laura berkata: Saya tidak pernah dengar perkara ini berlaku sebelum ini. Apabila diberitahu mengenainya oleh doktor, ia satu kejutan besar. “Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen.

“Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook. “Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya.” Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan. Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas. “Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah ‘adakah anda menggunakan komputer riba? “Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya,” kata Scott

Catat Ulasan

6 Ulasan

OKje berkata…
OKlah tu ... dah mengandung pun!!
Aieda Adnan berkata…
ade laptop tapi xpenah pon letak atas riba.mcm tak best je..haha
Unknown berkata…
kita berserah kepada rezeki Allah.....
Unknown berkata…
aiihh..letak kat riba tak best. tka selesa kalo bagi sya la. org lain pun rasa2nya jarang kot letak kat riba, tpai terpulang la kan. euw... teruk juga sampai tuu... hihik*
Cikrosecute berkata…
tak pernah guna komputer riba hihihi