Majlis menghormati tengkorak di Bolivia

Majlis menghormati tengkorak di Bolivia

hanifidrus
Satu majlis bagi menghormati tengkorak diadakan di sini kelmarin oleh sekumpulan penganut agama Kristian Katolik. Kira-kira 300 tengkorak diarak ke sebuah gereja kecil di tanah perkuburan di sini.

Sekumpulan penganut itu mendakwa tengkorak tersebut mempunyai kuasa ajaib. Tengkorak tersebut dipercayai boleh menolong mereka mendapatkan pekerjaan dan membantu pasukan bola sepak yang diminati memperoleh kemenangan.

Kalungan bunga turut diletakkan pada tengkorak itu pada majlis itu. Para penganut tersebut juga memperdengarkan muzik dan menyediakan hidangan makanan untuk tengkorak itu. Lima tahun lalu, seorang ketua biskop Kristian Katolik di negara ini pernah mengutuk majlis itu kerana ia dianggap bertentangan dengan agama tersebut.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Aimacomel berkata…
errrk, tengkorak?? macam-macam..
Unknown berkata…
mcm ni pon ada?...hehe
wantie berkata…
macam macam karenah org ni yer. upacara mcm ni pun ada..
Unknown berkata…
terlebih2 pulak kepercayaan mereka tu.......