Padah Jaga Tepi Kain Orang

Padah Jaga Tepi Kain Orang

hanifidrus
Seorang lelaki daripada etnik Lahu mengakui membunuh dan memenggal kepala seorang wanita yang dikatakan cuba menghasut isterinya agar meninggalkan dirinya.

Polis semalam menerima laporan mayat seorang wanita ditemui dekat air terjun Mae Wang Noi di tambon Ban Luang, di daerah Chom Thong. Polis menemui mayat wanita tanpa kepala itu bersebelahan dengan air terjun berkenaan.

Kepalanya dan batang buluh berukuran satu meter serta sebilah pisau turut dijumpai di sekitar tempat kejadian. Mayat itu dikenal pasti identitinya sebagai Sirikarn Pisitphonom, 34, dari daerah Fang dan kawan kepada isteri suspek.

Polis kemudian bergegas ke kediaman suspek yang dikenali sebagai Bu-ei, 22, tetapi dia sudah bersedia untuk menyerah diri. Dia mengakui membunuh mangsa dengan memukulnya beberapa kali dengan batang buluh sebelum memenggal kepala mangsa dengan pisau. Polis berkata, suspek berang kerana mangsa cuba menghasut isterinya agar meninggalkannya.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Unknown berkata…
tekanan perasaan plus sakit mental ni.....
P/S: jgn menyibuk hal org...tp kdg2 perlu juga...tgk situasi
wantie berkata…
Ni memang padah yg membawa padah. tu le jaga tepi kain org sangat. perusak rumahtangga.
miss kecoh berkata…
ishhh...kat mana kejadian ni?? manusia skrg ...mcm ntah ape..
Unknown berkata…
sekarang pun dia pulak yg tinggalkan bini dia...masuk lokap...silap2 terus gantung...hu3