Salam Satu Blogger. Rasanya dalam 2 minggu ini terasa blog aku ini berkecamuk dengan entri yang aku pun kurang pasti...
Tak habis-habis bercerita pasal Annual Dinner aku...hahahahaha
Kali ini aku nak cerita tentang Kotak Komen.
Pemilihan kotak komen sebenarnya amat penting, walaupun blogspot ada
memberikan pilihan pemilihan kotak komen yang pelbagai tapi pilihan
manakah yang mesra pengguna. Kadang-kadang kita tak ambil peduli akan
pemilihan jenis kotak komen tetapi pada dasarnya impaknya amat mendalam
sekali. Dalam blogspot jenis tetingkap kotak komen terdiri dari
beberapa kategori:
a) Embedded
Bermaksud setelah anda baca entri tersebut, anda terus komen di entri
beliau. Bermakna kotak komen terus berada di bawah setelah anda baca
entri.
Kelemahan:
Setelah seseorang mengomen blog anda dengan kategori embedded ini
masalahnya ialah loading time. Kerana sebaik sahaja anda klik
"published" , blog tersebut bukan sahaja harus memproses komen anda
sahaja tetapi keseluruhan blog. Lainlah kalau loading time blog anda
terlalu rendah.
Bermakna pengunjung kena buat dua kali kerja. Mula-mula datang blog
anda kena tunggu loading time dan setelah komen pun kena tunggu juga.
Tension!!!
b) Full page
Full page bermaksud setiap kali pengunjung klik hendak komen, maka ia akan membawa anda ke page baru. Pages khas untuk mengomen.
Kelemahan:
Ia tidak berkaitan dengan loading time tetapi anda akan kehilangan
pembacaan entri anda yang lain kerana bila anda menggunakan Full Page,
secara automatik blog anda hilang dan diganti oleh templates Full Page.
So pengomen akan mengomen dan jika hendak kembali ke blog anda ia harus
klik tajuk entri komen tersebut. Leceh!!
c) Pop Up Window
Pop Up Window ini bermaksud semasa pengunjung klik hendak komen entri
anda akan keluar satu tetingkap kecil tanpa menghilangkan entri anda.
Dari segi loading time ia tidak mengganggu dan juga blog anda tidak
hilang. Setelah komen, pengunjung mempunyai pilihan samada tutup blog
anda atau berjalan-jalan membaca post-post lama anda.
So kalau anda tanya saya, apa yang saya pilih. Sudah tentu saya akan pilih Pop Up Window. ..hehehehhe.
Dan saya ingatkan sekali lagi kalau awak guna apa pun bentuk tetingkap komen tapi masih guna "word verification" pun tak ada guna jua...heheheh
Walau apapun didunia blog sentiasa memberi opsyen2 untuk mencantik atau
meringankan blog kotak komen anda. Sebagai contoh kebanyakkan blogger
yang menggunakan embedded biasanya akan membuat spoiler pada bahagian
komen. So pengunjung selesa bila menggunakan tetingkap komen kategori
ini. Biasanya pompuan yang buat.
Lelaki pula biasanya menggunakan jenis yang panjang2 kena taip email
address, link blog . Apa orang kata Comment Luv..entah ler aku.
Anda guna yang mana?
Saya guna Pop Up Window....hehehehheh.
11 Ulasan
masih ada segelintir blogger yg letak word verification tu..kdg naik mlas nk komen..=|