Peminat Harimau Malaya Macam Lalang

Peminat Harimau Malaya Macam Lalang

hanifidrus
Harimau Di Lalang
Salam Satu Blogger, tahniah kepada SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Aku tak menonton perlawanan ini tapi tadi pagi mendengar berita di rancangan radio ERA tentang kejayaan Malaysia dan peluang ke Separuh Akhir Kedua Terbuka semula.

Ramai yang memuji termasuk aku sekali atas kejayaan pasukan Harimau Malaya tapi yang menarik perhatian aku ialah secara tiba-tiba sikap penyokong Malaysia berubah akan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia sehingga ada salah seorang insan berkata peminat Malaysia macam lalang!!!

Lalang bermaksud tiada pendirian, masa pasukan Malaysia kalah semua kutuk dan kalau menang semua puji. Dan aku tergolong dalam Lalang ni melalui entri  kutukan terhadap Harimau Malaya ini.

Tapi sebenarnya orang Malaysia selalunya bila dah mencapai sesuatu kejayaan selalu terlupa. Mudah lupa kata Tun Dr. Mahathir. Makin lemah.... Itulah gunanya kami Si Lalang ni.....

Kami bukan lalang tapi kami adalah pencetus kekuatan pasukan Harimau Malaya. Zaman sekarang bukan zaman dahulu kala, kalau kalah kita akan cakap  "Tak per..lain kali kita akan ada peluang lagi"

Dan kami juga bukan lalang kerana sudah 3 kali memberi peluang kepada pasukan Harimau Malaya semasa mereka bermain dengan Hong Kong, Bangladesh dan Singapura. Berapa peluang kami nak berikan?

Adat permainan memang ada yang kalah dan menang tapi kalau kalah pada pasukan yang lemah berturut-turut tentu pasukan itu bermasalah. Itu lah yang terjadi pada pasukan Harimau Malaya sekarang.

Dan kami si Lalang ini, marah dan beri pressure pada Harimau Malaya. Akhirnya result yang kita dapat mereka menang BESAR!!!! Tanpa kami si lalang ini, Harimau Malaya tak mungkin menemui jalan keluar mereka...hehehehehhehe.

Manusia yang normal ( 90%) biasanya akan improve jika ada tekanan. Samada di tempat kerja atau sekolah. Sebagai contoh, bayangkan kalau semua sekolah dan di kolej tiada peperiksaan, mahukah anda belajar?  Peperiksaan itu adalah sejenis tekanan dan melalui tekanan itu anda belajar kan?

Dan aku seorang patriot Malaysia dan kerana aku sayangkan Pasukan Malaysia sudah tentu aku akan sentiasa sokong Malaysia tanpa belah bahagi.
Tapi kalau kita sokong anda tapi permainan macam hampeh, siap kau orang!!!!
Kata orang Bawaen, kalau nak kalah pun biar kalah setelah main bermatian-matian..
Hidup Harimau Malaya!!!!!!!!!




Catat Ulasan

21 Ulasan

Unknown berkata…
bagus jugak bila ada protes time malaysia kalah. bila ada protes baru ada usaha untuk maju.

ala sama la mcm konsep demnd & supply. Kalau dah banyak sangat dok minta menang. maka Malaysia usaha 5-6 kali ganda la untuk penuhi permintaan rakyat Malaysia yang dahagakan kemenangan..

kami bukan lalang, prihatin. Bukan Marah.. Nasihatttttttttttttt. kikikiki
Tanpa Nama berkata…
betul jugak kan? sokong kata hanif idrus...
Mrs Velentine berkata…
hidup harimau malaya..done nespray
Daus Redscarz berkata…
Selamanya harimau malaya.. Kalau tiada aral melintang, pasti akan ke stadium sabtu ni.
Izwa Kamaruddin berkata…
hahahahaha..mampu gelak je laaaa!!
Tanpa Nama berkata…
yeaaahhh ! sya pon penyokng harimau malaya !tp bukan spisis lalang laaa .. hehehe .. auummm !~
M'Rie R'Nie berkata…
Herm..betul3. Kalau tak kena maki tak kena kutuk. Mana depa nak bangunkan. Tido jer kejenya. Maklumlah memang perangai buruk segelintir orang kita, bila dipuji..bila disanjung. Mereka pun mulalah naik lemak and disebabkan keselesaan yang diberikan tulah mereka mudah lupa.
ma ❥ berkata…
hehe betul tuh setuju sgt dgn penjelasan ni...

Apa-apa pun mmg terbaik dorang main semalam. Dorang mmg main betul2 tak nak hampakan rakyat Malaysia :D
LiNda berkata…
saya setuju..sebab sy dlm golongan lalang. biarla org nk ckp pe pun, yg penting bile peminat kecewa n marah2, pemain kita ni akan push diri dorang utk bermain dgn lebih baik ;)
Unknown berkata…
hmm..aku bkn lalang bro..aku tukang sorak jer...tp malaysia main bagus semalam..mcm ayam jer laos tu..malaysia hebat atau laos ayam?? cuma aku rs kte patut dpt lbh byk gol..aku kire dlm 300 peluang ada utk score..

Terjah sini ==>> Bertuahnya Perempuan Original
THE AUTHOR berkata…
Hihihihihi..yg pasti semua orang tersenyum semalam...
MalizaMah berkata…
setuju, kalau nk kalah, biar kalah slps main mati-matian. ok.... chaiyok2 harimau malaya.
ayut berkata…
setuju...bukan lalang kita2x ni..dh bg peluang kot sblm ni..jgnla kecewakan sgt..slmt mlm td mng..takla kecewa..tp kecewa2x klu dyorg men ttp tgk..mkne ye kat situ ttp sokong la kan... :)
Unknown berkata…
bola..time menang ramai dok puji..time kalah ramai dok keji..kesian hok dok berhempas pulas dalam padang tuu
Unknown berkata…
setuju dgn hanif ^^
MalizaMah berkata…
tgh bisan, tu yg singgah ni. haaaa
Unknown berkata…
dengar jugak pasal lalang nie pagi tadi kat radio.... whatever..... remy tetap sokong harimau malaya...walaupun kalah atau menang.....
Unknown berkata…
selamanya harimau malaya...aum.harap rimau bleh kekah garuda lg pasni...
OKje berkata…
yelah kan Nep...kalau kalah lepas usaha keras tak delah sakit hati sangat...tapi OKje pun tak tau tang mana usaha keras kalau main bola ni? he..he..
Pha Is berkata…
betol2.. kita kutuk marah bukan sbb bnci, tapi sayang.. nk bagi diorg berjaya...

mcm mak bapak la jugak. kalau result anak ok, diorg puji. kalau result anak tak ok, diorg marah. abeh tu, tak kan nk kata ibubapa ni MACAM LALANG..?? hehehe
Tanpa Nama berkata…
indonesia 3 vs malon 1....