Penulis Jemputan Blogger

Penulis Jemputan Blogger

hanifidrus
Salam satu Blogger. Hari ini nak cerita tentang penulis jemputan dalam sesebuah blogger. Kita biasa lihat dalam entri-entri blogger terkenal sering  kita melihat penulis jemputan dijemput untuk menulis di blog mereka.

Dan pernahkah anda terpikir untuk memanggil penulis jemputan memberikan entri blog anda. Dari segi penulisan dan kebaikan blog tersebut sudah tentu empunya blog akan mendapat kebaikannya.
Dan pada masa yang sama penulis jemputan akan mendapat kebaikan dari segi mempromosikan blog beliau dari pembaca setia blogger yang menjemputnya.

Tapi kalau setakat kita yang panggil mungkin tak ada yang nak kot....hahahahahha.
Sebabnya kelayakan minimum belum lepas lagi.....

Sebenarnya aku suka membandingkan blog Denaihati dalam hal sebegini. Kelayakan Denaihati yang sentiasa updated tentang isu-isu semasa dan tidak kering idea membuat aku tertarik dengan skop blogger ini. Kelayakan PR4 blogger ini dengan jumlah komen blog yang tidak kurang 100 orang ( itu yang aku lihat, mungkin lebih) mempunyai keupayaan menjemput Blogger Jemputan.

Dan sekiranya aku dijemput oleh Denaihati, sudah tentu aku akan buat research entri yang baik. Bukan senag untuk mendapatkan tempat di post Denaihati.
Aku bukan sahaja mendapat tarikan traffic yang baik malah backlink juga memainkan  peranan kepada blog aku.
Usaha yang perlu aku lakukan selama berbulan akan serta merta dikurangkan dengan hanya menjadi penulis jemputan di blog-blog yang mempunyai traffic yang tinggi ini.

Pernah aku membaca satu artikel yang menerangkan, komuniti blogger ini sebenarnya adalah satu komuniti yang sangat berkait rapat. Blogger-blogger yang mempunyai PR yang tinggi akan sentiasa bergading bahu untuk menjaga satu sama lain. Sebab itu kita digalakkan untuk selalu berkawan rapat dengan mereka kerana pengaruh mereka.
Dan jika anda berjaya memasuki komuniti "elit" ini sudah tentu blog anda akan begitu laju kenaikannya dari segi PR, traffic dan populariti.

Dan sebaliknya jika saya  membuat pengumuman inginkan sesiapa menjadi penulis jemputan di blog saya. Adakah sesiapa akan berebut-rebut untuk menjadi penulis jemputan di Hanif Idrus Blog ini. Satu persoalan yang difikirkan secara logik dan kelayakan agak sukar kan?

Itulah kelebihan menjadi blogger yag popular. Kelebihan mereka ialah mereka mempunyai kewibawaan dalam menjemput blogger lain menjadi penulis jemputan mereka.
Bila rasanya kita akan melalui pengalaman sebegini...emmm...hehehehehhehee.

Catat Ulasan

23 Ulasan

Aimacomel berkata…
blog hanif idrus, sikit lagi je tu abg hanif.. keep up the good work, u can make it! InsyaAllah,
Unknown berkata…
teruskn usaha bro..
tp org kata jd popular ni ssah jgk klau silap bwk diri..^_^
Salmi berkata…
Insyaallah.. Hanif Idrus boleh! Kena usaha dan terus usaha.
Anisa Anuar berkata…
teringin jgk...tp tu la...jauh lg nk merasa
Yana Halim berkata…
dah dekat dah tu...hehe.
Dah ada 2 org blogger jemput saya tulis kat blog diorang...agak pening di situ kenapa pilih saya.
Entri kat blog saya sendiri pun x tertulis, nak tulis kat blog org lain lagi le tak gamaknya. hahaha..

p/s: maafkan saya, saya blogger x bercita2 tinggi. :D
LiNda berkata…
Insyaallah blog bro hanif pun boleh..,sekarang pun dah makin up kan. ;)
cydayf berkata…
InsyaAllah.. chiayok chiayok bro!
OKje berkata…
En Hanif ( kalau dah 'En' maksudnya mood serious! he..he...)
Macam OKje blog yg 'cikai'ni memanglah nak berkawan ngan blogger yg femes tu.... tapi masalahnya dia tak hingin pandang pun!!! hu...hu ... macamana tu? Nak jadi Blogger jemputan, jauh sekali ha...ha... dekat blog hanif Idrus pun tak tentu En Hanif layan!!
diari farisha berkata…
sy sokong..blog hanif idrus pn ape kurangnye :)
Unknown berkata…
abg hanif memang dah popularrrr pun!=)
Daus Redscarz berkata…
Bila lah agaknya.. huhu
Tanpa Nama berkata…
ASSALAMUALAIKUM...GD LUCK ABG HANIF..LAMA XDATANG..RINDU :(
dya nasir berkata…
insya allah..u can do it!!!:)
boni kacak berkata…
tak lama lagi bro.. bro pun mampu untuk mencapai tahap sebegitu sebenarnya..
Unknown berkata…
insyaAllah,, abg hanif boleh... :)
Diari Maya berkata…
Cabar diri, jdkan ia satu kenyataan. good luck hanif.
MalizaMah berkata…
mr hanif.. sikit lagi .. boleh tu. saya yakin.. yeah..
beckhrooy berkata…
boleh je jemput orang jadi penulis jemputuan, maslahnya dia nak ke x
Unknown berkata…
insyaAllah...bro hanif akan mencapai tahap tu nanti......
remy doakan....
wantie berkata…
ish...sapelah saya utk jemput org tulis kat blog saya ni...

kalau hanif panggil mungin beratur orang nak tulis kot.
Lokman berkata…
tulah.. bila lah agaknya kita nn akan layak menjadi penulis jemputan..