Teknik Menggemukkan Buah Mangga

Teknik Menggemukkan Buah Mangga

hanifidrus
Salam satu blogger. Hari ni pakcik nak kasi ilmu menggemukkan dan melebatkan pokok mangga anda. Bukan lebat dengan daun tapi dengan buah!!!!

Seperti gambar kat atas tu itulah pokok mangga umah mak aku yang telah berumur 35 tahun!!! Dah tuakan tapi masih mampu melahirkan buah yang banyak dan gemuk.
Ilmu ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Pembaca blogger yang bertuah di blog ini sahaja aku kasi ilmu ni. Ewahhh!!!
Teknik ini kita panggil "Teknik Seraut Daun".hihihi. Aku saja namakan biar nampak glamer sikit.

hanifidrus
Kawasan Ruas

Dari gambar yang ditunjukkan anda dikehendaki membuang daun di raut terakhir batang pokok tersebut. Nak buang senang ajer..anda tarik daun ke bawah dari raut tersebut.
Hasilnya adalah gambar dibawah. Buatlah pada semua batang daun yang mempunyai raut yang lama. Dan lihatlah hasilnya.
Manakala dahan-dahan yang tinggi anda cantas ler. Kalau tinggi sangat susah lak nak meraut...hihihihihi.

hanifidrus
Teknik Seraut Daun

Cuma masalahnya ialah nak menyapu daun-daun yang telah diraut..
Logiknya teknik ini ialah, baja pokok akan lebih terarah ke buah mangga anda kerana daun dah tak ader. So buah mangga anda akan gemuk segemuknya.
Teknik ini mengajar mengurangkan daun dengan cara yang betul.
Teknik ini boleh digunakan bila-bila masa. Tak yah tunggu pokok berbuah. Taou kalau dah berbuah lagi baik...
Selamat mencuba!!!!!!!

Catat Ulasan

18 Ulasan

jie susanos berkata…
bleh test pokok kat umah aku ni..
Unknown berkata…
Amboi...berselera tengok buah mangga tu..gebu² gituuu.hehe
Aieda Adnan berkata…
btol jugak tu.bile dah kurang daun, nutrien2 die mesti pegi ke buah..peh! tq
Bunda_nora berkata…
orang kate 2x..ikut tgn juga , setengahnyer tanam n bele tanaman bagai nk rak, tp tak berhasil jugak..
THE AUTHOR berkata…
Ini teknik sure jadi punya...janji pokok mangga...kikii
Yana Halim berkata…
wah...thanx sudi kongsi. Bekas budak landskap belajo botani pun x tahu ni. hahaha...
Unknown berkata…
tak pernah pula abah umi buat teknik ni rasanya...
Misterie87 berkata…
Buah mangga umah saya jatuh membusuk jer bila berbuah. sebabnya buahnya banyak sangat and tak der yang nak makan. sekarang plak musim rambutan and pulasan + manggis. musin mangga dah habis..hehehe..

kalo ada pokok buah yang tak berbuah tu. cer tengok kat bawah pokok tu ada letak apa2 benda tak? kalo ada, sila alihkan dari situ. kadang2 pokok tak nak berbuah sebab merajuk kerna tuan empunya macam jadikan pokok tu stor ataupun tempat buangan sampah. sebab tu jangan sesekali letak apa2 benda dibawah pokok buah. sebab benda ni pengalaman sendiri and pernah ajar kat mak cik den. mak cik den pernah ngadu kat den. dia tanya napelah pokok rambutan dia tak berbuah. sekali den tengok. dia letak zink kat bawah pokok rambutan tu. lepas dia alih zink2 tu. alhamdulillah pokok rambutan dia berbuah lebat.
Firdausy CiLiKku berkata…
wah.. baru tau... boleh cubanih.. tp ada tips x untuk membuatkan pokok berbuah dengan cepat? hehehe
TRAVELOG ATEH berkata…
pernah tahu jugak tentang nie. kene cantas sikit daun2 tue supaya mudah nak berbuah. mmm... sedap buah mangga tue. terliur dah nie
TRAVELOG ATEH berkata…
pernah tahu jugak tentang nie. kene cantas sikit daun2 tue supaya mudah nak berbuah. mmm... sedap buah mangga tue. terliur dah nie
THE AUTHOR berkata…
Nak berbuah cepat beli baja buah...tabur kat bawah pokok...kikikiki.
Tabur baja dan buang daun. ....buah lebat dan besau giler
M@W@R Q@SeH berkata…
singgah jenguk kwn2...igtkn teknik nk gemukkan bdn...hehehe
Korn Ahmad berkata…
klo nak teest kat buah lain boleh ker?
mama lynn berkata…
tak pandai nak buat camni, tp sy musykil kenapa tangkai buah mangga panjang
Unknown berkata…
menarik bro...ada logiknya kaedah tu...... org2 lama kan lagi pandai dan byk panduan.....
Din Kacak berkata…
owhhh camtu, info berguna ni