Budak cedera Blackberry meletup

Budak cedera Blackberry meletup

hanifidrus
Seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup ketika dia tidur. Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.

Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut serta sakit. “Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,” katanya.

Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya. Budak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana kesan melecur pada kedua-dua kakinya.

Blackberry itu kepunyaan abang McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup. Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius. “Kami menjadikan siasatan insiden itu sebagai keutamaan,” katanya

Catat Ulasan

12 Ulasan

Unknown berkata…
ni mesti dok tidoq sambil charge.. bahaya nih.. Tu lah kuat sangat update status sampai beteri pon weak :)
OKje berkata…
Hish... sangat mengerikan ni....macamana boleh cam tu yek Nep,
OKje berkata…
Hish... sangat mengerikan ni....macamana boleh cam tu yek Nep,
boni kacak berkata…
bahaya jugak ni...
dariilhamkehati berkata…
fuh ! ngeri la ! cas terlalu lama kowt ...
Fairuz berkata…
alamak takut nyaaaa... risau :(
Ikhwan Suhaimi berkata…
eh2 seramm plak nak cas BB malam nanti... dah jadi hab bit plak tu.
Unknown berkata…
hrmm..:( bahayaaa...takut!
Unknown berkata…
hrmm..:( bahayaaa...takut!
ayut berkata…
moral ye jgn cus bteri tpon lbh had...bahaya sungguh! :)
wantie berkata…
hmm.. pengeluar bb tu mestilah kena tanggung kos perubatan budak tu.

memang kena ambik perhation serious ni. risau la pulak dengar ni.
Unknown berkata…
mungkin over sangat charge kut......
kesian budak tu.....