Gambar otak Einstein didedahkan muzium AS

Gambar otak Einstein didedahkan muzium AS

hanifidrus
Kalau dah genius sampai otak pun orang nak kaji......hehehhehe. Otak aku tak payah sebab penuh dengan karat..hahahhaha

Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.

Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.
Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.

Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.
Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.
Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.
Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.
Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS


Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
sampai gitu sekali depa mengkaji ye.......
MalizaMah berkata…
otak leeza pun. haaaaaa
Daus Redscarz berkata…
Hebat. even skrg dekat astro channel sccience -superhuman . dorang kaji mereka2 yg mempunyai kuasa ajaib.
Unknown berkata…
otak pun diorang nak kaji... memang gila mengkaji betul diorang ni...
Cikrosecute berkata…
itukan pemberian Allah untuk dia cerdik...
OKje berkata…
Untungnya jadi org hebat ni kan!,,
Unknown berkata…
otak kita ada mcm otak dia tak? sikit sikit pun ada tak? hehehe...

tu la kan org pandai ni. sampai mati pun otak tak leh semadi sekali ngan body. nasibbbbbbbbb