Gelagat tunggu hari kiamat

Gelagat tunggu hari kiamat

2012 tahunku yang kacak
China menangkap hampir 1,000 orang dalam operasi memburu sebuah kumpulan Kristian yang menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat akan berlaku pada hari ini, lapor media negara ini semalam.

Kumpulan yang dikenali sebagai Tuhan Maha Besar itu dituduh menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat tersebut.

Hari kiamat tersebut dipercayai beberapa pihak akan berlaku kerana kalendar kaum Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi akan berakhir pada hari ini.
Menurut laporan stesen televisyen CCTV, operasi memerangi kumpulan itu bermula pada minggu lalu.

Akhbar Beijing Times melaporkan, polis menahan lebih 350 anggota kumpulan tersebut di wilayah Guizhou, barat daya China manakala lebih 400 lagi ditangkap di wilayah Qinghai, timur laut negara ini.

Agensi berita Xinhua menyatakan, kumpulan tersebut menjanjikan keselamatan penduduk yang menyertai kumpulan tersebut.

Di Kootwijkerbroek, Belanda, seorang penduduk, Pieter Van Der Meer menyediakan sebuah bot penyelamat di pekarangan rumahnya.

Menurutnya, bot tersebut mampu menyelamatkan 35 orang jika kiamat berlaku pada hari ini.
Di pekan Bugarach, selatan Perancis, pihak polis mengawal laluan masuk ke Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,231 meter yang dikatakan akan terbuka pada 21 Disember ini.
Kawalan itu dilakukan bagi mengelak kebanjiran pengunjung ke gunung tersebut.

Catat Ulasan

13 Ulasan

iqmar effendy berkata…
kat kota tinggi dah gelap semacam...
Teacher Basariah berkata…
ntah hapa2 ntah..percaya ler sangat ramalan tu..huhu..macamla bleh lari dari hari kiamat..isk2..
Unknown berkata…
Mcm2 dorg ni...Allah swt je tau ble kiamat
Munir berkata…
ada2 je...hehehe..
Aiisyah Roseskalerful berkata…
tiada siapa yg tahu bila kiamat berlaku.. kita cuma kena yakin ia akan berlaku.. lebih baik mempersiapkan diri
Syamimi Saad berkata…
pndai betul buat ramalan tu kan..alhmdulillah masih baik lagi kita harini..
Encik Bell berkata…
macam2 la depa ni noh :)
boni kacak berkata…
memang pelik2 dorang ni.. buatlah macam mana pun, kalau dah kiamat tak ada seorang pun dapat selamatkan diri..
Bunda_nora berkata…
KIAMAT itu urusan ALLAH..sedangkan para nabi dan malaikat yg hampir dengan NYA pun tak tahu bila tarikh KIAMAT ..apa lagi kita hanya manusia biasa..
Azlan Strider berkata…
mcm2 dorang nie..akuade baca somewhere kat cina ade orang tikam 21 org budak sbb pikir dunia nak kiamat..hehe

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
mcm2 ragam dieorg nie,,,,,,
Unknown berkata…
macam2 dorang nih...hmmm...
tirahzairi berkata…
semoga mereka sedar yg kalendar mereka itu salah....dan semoga mereka mulai percaya akan ISLAM....