Salam Satu Blogger. Hari ini nak cerita tentang SEO lagi. Yalah!!!! sekarang tengah join SEO Kontest dari Spudin bertajuk 2012 Tahunku Yang Kacak.
Aku kalau dah minat sesuatu benda tu, inilah masalahnya, asik-asik nak mencuba...hehehehee. So inilah peluang untuk memahami SEO ini, apatah lagi aku yang menggunakan domain blogspot yang rata-rata di akui tidak sehebat wordpress atau yang mempunyai domain sendiri.
Dalam seseuatu kontest sudah tentu perkara utama yang anda akan lakukan ialah mencari backlink seberapa banyak yang mungkin. Meminta rakan-rakan agar meletakkan URL entri kau di dalam blog mereka dan apatah lagi yang mempunyai pagerank yang baik sudah tentu memberikan pagejuice yang baik.
Selain itu entri kau pasti akan dipingkan di laman-laman ping dan juga sosial network yang bertaburan di dunia internet. Dan tempoh hari aku juga ada menceritakan tentang Google + sebagai satu lagi backlink atau traffic yang baik.
Aku rasa ini perkara pertama yang anda harus lakukan terlebih dahulu iaitu mencipta backlink.
Tujuan back link adalah untuk memudahkan spider ( labah-labah internet ) untuk crawler( merayau) dengan lebih baik ke entri anda. Lagi banyak backlink lebih mudah si labah-labah ini menjumpai entri ini dan boss Google pasti akan rankingkan anda sebagai SEO yang baik.
Secara ringkasnya backlink ialah alamat URL anda yang diletakkan di blog orang lain. Dan ianya umpama jalan shortcut kepada blog anda. Lagi banyak banyak backlink lagi banyak jalan pintas ke blog anda oleh Spider Google ini.
Untuk memudahkan penerangan, kita lihat gambarajah di atas.
Dimana dalam Google terdapat labah-labah iaitu Spider yang akan merayau-rayau di dunia laman sesawang ini, jika ia hinggap pada salah satu blog yang mempunyai link ke blog anda maka ia akan lompat terus ke blog anda.
Perbezaan utama sesuatu blog itu samada bagus atau tidak ialah pada backlink.
Apatah lagi kalau entri anda diletakkan pada blog yang mempunyai pagerank yang baik. Maka kekuatan tarikan labah-labah ke blog pagerank itu amat tinggi dan bukan sahaja akan mendapat backlink yang baik namun anda akan mendapat pagejuice dari blog tersebut.
Dan hadiah dari backlink yang baik ialah anda juga akan mendapat kedudukan pagerank dan entri anda mendapat kedudukan yang baik di mata carian Google.
Melalui perbincangan tersebut aku telah melakukan beberapa cadangan oleh blogger tersebut seperti:
a) Menggalakkan rakan-rakan untuk menklik Google +
b) Membuat autoping pada laman-laman yang membuat ping seperti Ping Busuk, Blogr, bloggermy dan juga Petaling Street.
c) Selain itu laman-laman sosial juga digunakan seperti Facebook, Twitter, MySpace dan pelbagai lagi....
d) Cuma yang ini aku tak minta lagi iaitu meminta rakan-rakan blog meletakkan entri aku 2012 Tahunku Yang Kacak ini diblog mereka untuk satu bulan.....hehehhehehehe.
Sebab tu saya suka exchange bloglist sebab ia memberi backlink pada anda dan saya!!!
Saya harap semua memahami maksud backlink. Dan secara amnya backlink ini membawa satu konsep yang amat luas tetapi kita jangan memeningkan kepala. Betul tak?
Dan jika ada sesiapa yang boleh menambahkan maklumat tentang backlink ini dialu-alukan...
Dan ada sesiapa nak tukar bloglist dengan aku, Bloglist aku PR1..!!!! hehehehehe
20 Ulasan
nk tnya pndpt hanif kan.
1. leeza selalu masukkan blog org dlm bloglist leeza tnpa leeza beritahu.? ok tak mcm ni? atau merugikan?
2. backlink yg hanif maksudkan.. kita tinggalkan url kita kat komen box org? gitu? tak kena spam ker?
Saya selalu buat macam ini sebab senang untuk blogwalking. Kalau tak dapat backlink at least saya dapat traffic dari kunjungan mereka.
Tapi sebaik-baiknya beritahu mereka U In My Bloglist..
2. backlink yg hanif maksudkan.. kita tinggalkan url kita kat komen box org? gitu? tak kena spam ker
Bukan begitu, maksud saya macam exchange banner atau tukau bloglist.
Ada pendapat tinggalkan link blog di komen orang sebagai backlink tapi sebenarnya komen itu sendiri adalah "Nofollow".
Tiada nilai sebenarnya so bukan spam tapi kadang2 bergantung Google Panda.
Jelas dan faham. Sebelum ni agak kabur..