Hubungan Seks Dengan Rangka Mayat

Hubungan Seks Dengan Rangka Mayat

2012 Tahunku Yang Kacak
Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah.

Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya. Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.

Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia. “Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya. “Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati.

Saya tidak menafikan itu,” katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya. Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. “Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman,” katanya

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
xseram ker??hehe
ayut berkata…
ada jugak org gini..aduhaiiii...klu minat pon tak payah simpan dlm apartment kot...seram pulak dgr yer..lom tgk lg ni...
OKje berkata…
Tak ngeri ke duk ngan rangka manusia ek!
nizarazu berkata…
adoii..pelik2 je dorang ni..

pssttt:title salah eja tu.. hehe
Unknown berkata…
itu macam punya olang pun ada ka???? nyerinya....
wantie berkata…
ada jugak orang mcm ni kat dunia ni. masalahnya... tengkorak tu milik siapa? laki dia ke? anak dia ke?

ke.. dia pergi curi kat dalam kubur. sakit jiwa la wanita tu.