Ramai yang merancang mengikat tali perkahwinan pada tarikh keramat
12-12-12 dan ibu-ibu mengandung juga berhasrat untuk melahirkan anak
pada hari ini.
Tetapi bagi kanak-kanak lelaki, Kiam Moriya boleh dikatakan beruntung
kerana dapat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-12 hari ini pada jam
12.12 tengah malam waktu tempatan yang hanya wujud 100 tahun sekali.
Moriya dilahirkan di New York pada 12 Disember 2000 pada jam 0:12
bermakna dia menyambut hari lahirnya pada hari ini tepat jam 12.12
tengah malam.
“Bila saya menyambut hari lahir saya yang ke-12, tiada apa-apa yang
bakal berlaku melainkan umur saya saja yang akan berubah,” katanya.
Moriya juga menyatakan hasrat untuk menyambut hari lahirnya dengan
donat Krispy Kreme yang dibentuk dengan angka 12 simbolik hari lahirnya.
Ramai di seluruh dunia menjadikan hari ini sebagai detik bersejarah mereka.
Banyak pasangan di seluruh dunia tertarik dengan angka 12-12-12 untuk
melangsungkan perkahwinan dan ada sesetengahnya menganggap hari ini
sebagai bertuah bagi menjamin perkahwinan yang bahagia.
Tarikh seperti 10-10-10 dan 11-11-11 juga dilihat tarikh yang cantik
untuk melangsungkan perkahwinan tetapi hari ini, 12-12-12 dilihat
sebagai angka yang menandakan cinta.
5 Ulasan
sampai hari ni tak leh lupa. sebab tarikh tu akan sentiasa remind saya.