Kubur unik dikelilingi projek kediaman

Kubur unik dikelilingi projek kediaman

hanifidrus
Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.

Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi. Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.

Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu. Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.

Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan. Pada Ahad lalu, media melaporkan pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615) daripada pihak pemerintah.

Catat Ulasan

12 Ulasan

Forester berkata…
wah, pertamnya nih,.. dah biasa jadi ga sereem lgi,.. hehhe
liyanazahirah berkata…
macam2 org skarang nie
Abam Kie berkata…
di malaysia pun ada org tinggal di wakaf dlm kwnsan perkuburan..org gelandangan...

TQ sbb follow sy jd sy follow abg balik. Happy blogging!
Unknown berkata…
nie baru betul.... kubur ditengah bangunan.......
Unknown berkata…
hohoho.. pelik..
tirahzairi berkata…
ada jgk kes cmtu ea.
MalizaMah berkata…
china susah nk pindah kubur nie... maybe ada juga feng shui n dah lama lgpun kan.
RaimiSyazwan berkata…
Kalau kat Malaysia, mesti jadi port kaki nombor..
Hahaha
wantie berkata…
Sapa la nak beli umah kat area sini ye... risau gak pas ni kot kot ada yg dok pi puja kubur ni. Mintak nombor ekor. Kahhhhhhhh
Tanpa Nama berkata…
hBISLA la nnti..hohoo
Unknown berkata…
kat china mmg byk yg pelik pelik kan..?
Cikrosecute berkata…
kat china memang banyak tempat berhantu...