Mati tertelan gigi palsu ketika minum

Mati tertelan gigi palsu ketika minum

2012 Tahunku Yang Kacak
Ajal memang tidak boleh dielak walaupun dengan kejadian yang tidak pernah diduga.
Ini yang berlaku pada Zhang Qishan, lelaki berusia 82 tahun yang meninggal dunia selepas tertelan gigi palsu ketika meminum susu.
Isterinya, Peng Ahchun berkata, dia melihat sendiri suaminya mati kerana tertelan gigi palsu itu.

“Dia tiba-tiba saja tersedak dan saya tidak tahu apa yang tidak kena,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam.
Peng yang sedar suaminya tertelan gigi palsu itu terus meminta lelaki itu memuntahkan kembali gigi itu tetapi dia terlalu lemah dan mukanya kemudian berubah menjadi biru.
Peng, 75, terus memanggil jiran dan menghubungi ambulans, namun tindakannya sudah terlambat. Suaminya telah meninggal dunia.

“Kadang-kadang perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidup,” katanya dengan sedih.

Menurut Peng, kesihatan suaminya memang lemah kerana mengalami kesukaran bernafas dan lemah jantung

Catat Ulasan

14 Ulasan

Cik Nor berkata…
maut xmengenal usia...
Noura Nuriman berkata…
innalillahiwainnailaihiraaiun..kesiannye... tapi kelakar.. dah ajal dia mcm tu...
Salmi berkata…
Benda yang tak dijangka macam inilah kadang2 buat kita terkilan sangat. Apa-apapun kena terima segalanya dgn redha (buat yg beriman..)
Unknown berkata…
dah sampai ajalnya.......
Tanpa Nama berkata…
nak tgelak pon ade bce ni, kesian pon ade.. dah ajal dia.. apekan daya meh bace sini http://nurasyatalkandactmore.blogspot.com/2012/12/innalillahiwainnalillahirojiun.html
Tanpa Nama berkata…
nak tgelak pon ade bce ni, kesian pon ade.. dah ajal dia.. apekan daya meh bace sini http://nurasyatalkandactmore.blogspot.com/2012/12/innalillahiwainnalillahirojiun.html
Tanpa Nama berkata…
nak tgelak pon ade bce ni, kesian pon ade.. dah ajal dia.. apekan daya meh bace sini http://nurasyatalkandactmore.blogspot.com/2012/12/innalillahiwainnalillahirojiun.html
wantie berkata…
dah ajal dia. ish.. risau gak kan. ingatkan tido je leh tertelan. ni sambil minum pun leh tertelan.
hnahdy berkata…
orang tua dalam 70keatas xyah la pakai gigi palsu.. bahaya kn
OKje berkata…
macamana boleh tertelankan!!! bukan ke benda tu besau!
ayut berkata…
gitu...mmg dh ajal...kdg2x mcm tak logik tp tu la yg terjadi...
Unknown berkata…
haiyooo..mcm mna bleh tertelan tuu..
Bunda_nora berkata…
kesian pula dan sedih dengar kisah warga tua ni...teringat mak bapak kat kampong..