Psy Perogol?

Psy Perogol?

2012 Tahunku Yang Kacak
Penyanyi Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia dengan tarian kuda, Psy digambarkan sebagai seorang perogol dalam komik manga Jepun, lapor akhbar The Japan Daily Press semalam.

Komik itu akan diterbitkan pada 31 Disember ini yang menunjukkan satu watak mirip Psy. Ia mengisahkan watak tersebut mengetuai satu kumpulan penculik dari Korea Selatan dan merogol sekumpulan gadis Jepun.

Bagaimanapun, menurut laman Digital Journal, penduduk Korea Selatan menyuarakan kemarahan mereka tentang tindakan komik Jepun itu. Ia melaporkan, kemarahan tersebut dinyatakan di laman-laman internet.

Psy menjadi terkenal di dunia menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube yang dimuat naik sejak 15 Julai lalu. Klip video itu yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih satu bilion kali.

Psy kemudian menjadi kebanggaan warga Korea Selatan sehingga mengatasi populariti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon yang juga berasal dari negara yang sama. Penyanyi itu juga diundang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri banyak majlis muzik ekoran kejayaannya itu.

Tarian kuda itu juga dipersembahkan bukan sahaja oleh artis AS tetapi juga ahli-ahli sukan terkenal dunia

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
kalau dah popular...ramai yg ambil kesempatan......
Unknown berkata…
aihh..kira tak patut juga..sebab psy kebanggaan korea..lagipun watak dia ok jerr.. huhu..kecian..
Encik Bell berkata…
huh, igt ke betul2 merogol tadi... hahaha
Kekzamanis berkata…
Begitulah lumrah hidup.. Pantang nampak orang lain berjaya sikit, ada je lah yang cuba nak amik kesempatan.. Tak habis2 dgn sikap hasad dengki.. Hmmm..
MalizaMah berkata…
psy dh makin femes...
boni kacak berkata…
teringat kisah gambar khairul fahmi kena troll.hehehe
wantie berkata…
tu dia... sampai cenggitu dorang noh. saja le tu nak guna populairty PSY. last terkantoi..

atau majalah tu saja buat mcm tu sebab nak femes mcm PSY.
OKje berkata…
... org kitalah yg taksub... tak yah tirulah budaya diaorang!