Hanif Idrus Review Anugerah Lagu 27 (AJL27)

Hanif Idrus Review Anugerah Lagu 27 (AJL27)

Salam satu blogger. Sure hari ini blogger semua sibuk berbicara tentang Anugerah Juara Lagu ke 27. Dan aku pun sudah semestinya nak menyelitkan diri...kikikiki.

Kali ini buat kelainan sikit. Komen semasa persembahan.
 Ini pendapat tak profesional ....sebelum umum kemenangan.... hihihi.

1) Lagu Pertama Ombak Rindu memang awesome. Apatah lagi kemunculan Aaron mendukung Adira...wauuuu..!!!! Ditambah prop yang cantik sangat. Aku suka!!!!

2) Lagu kedua oleh Shila Amzah out. Pembukaan dengan puisi tanpa prop yang menarik. Nyanyian pun macam tak sampai...hemmmm. Aku suka Shila Amzah...huhuhuuhu

3) Simetri oleh Hazama dan Amy ngam....tapi aku hairan apasal ler tengah nyanyi-nyanyi suka buat lakunan...hihihihi. Prop dengan lagu memang sesuai.

4) Idola oleh Azlan dan Typewriter...masih mengekalkan konsep topeng..kikikiki. Suara Azlan semua tahu memang tip top..Prop pun OK  english style. Tapi apa yang aku suka lagu ni diabadikan untuk Sudirman.

5) Pelangi Senja oleh Stacy. Rasanya prop jambatan tu sama dengan muzik video kan.Nyanyian penuh perasaan hingga aku meremang. Best!!!

6) Lagu oleh Bedroom Santuary sempoi dan konsep2 hippies. Simple tapi ada impak. Nyanyian memang OK.

7) Tanpamu oleh Amir Jahari konsep cat muka. Prop yang warna warni sesuai dengan kemeriahan  lagu santai ini. Tapi aku rasa ler..si Amir tu cam gugup jer..kikikiki.

8) Teman Pengganti oleh Black dan RJ..penyanyi RJ ganti Maliquec memang best. Prop yang penuh makna dan suara Black memang best dan ada feel.

9) Terukir Bintang dinyanyi oleh Aizat. Ganti Yuna.  Aizat dari dulu suka koir yekk. Aizat memang hensem ada misai..hihihihi. Konsep playboy Paris dan memang ada kelainan...

10) Aku Akui oleh Hafiz. Simple prop dengan piano dan biola. Suara Hafiz pun aku akui memang mantap dan feel.

11) Andai Aku Bercinta Lagi oleh Mojo. Dan artis Masha pun ada..pehhh. Konsep style old English. Suara yang best!!!!  Jerit baik punya...

12)  Anak Kampung oleh One Nation Emcee dan Jimmy Palikat. Prop paling ramai orang. Memang penuh kebudayaan...aku suka! !!

Siapa yang menang yek....
Kalau aku yang suka lagu-lagu ballad  dan slow ni tentu aku pilih Aizat, Hafiz, Black, Stacy atau Adira...tapi aku bukan profesional....aku kroni...hihihim
Dipos pada pukul 11.05pm

Catat Ulasan

18 Ulasan

Aimacomel berkata…
Yes!Yes! Vokal Hafiz mmg Umphh!
Yuna memang jgk akhirnya. Aizat done a very good job. Suka sgt2..
Tahniah kpd semua pemenang.. yg xberjaya blh cuba lg next time =)
Mawardi yunus berkata…
Tahniah buat yang menang , walaupuh shiela hamzah kalah ;"( huhuhu
THE AUTHOR berkata…
Tahniah buat Aizat...bawa lagu Yuna pun menang. Tapi sempoi....
Unknown berkata…
lagu yuna amat unik...tahniah aizat...
MyFreeMinded berkata…
Tengok Aizat je nyanyi, tapi suka tul ara dia bawak lagu tu. So kalau dia menang kira oklah.
Unknown berkata…
hehehehe.....kalah juri...
LiLy @ MaMaQiStInA berkata…
Tahniah buat semua pemenang..tak sangka Aizat menang..^^
Cik Nor berkata…
tahniah kpd smua pmenang...:)
Bunda_nora berkata…
sayangnyer KN tak tengok semalam, tertidur awal..letih sangat..nak tunggu siaran ulangannyer nanti..
JomJalan berkata…
Tahniah utk semua pemenang. Yang kalah jangan serik
wantie berkata…
yes..yes.. suka aizat
Unknown berkata…
hihi..Yuna juara....lgu idola naib juara & kuakui tmpt ketiga..vokal tbaik haruslah hafiz..mmg xdsangkal lagi....psmbahan dpt kpd black & rj....pape pun, ramli sarep tbaik..hihi
OKje berkata…
Pergh...review satu-satu... macamana Yuna boleh menang tah! macam tak best je..
Mrs Velentine berkata…
Tahniah semua...Mv nak anak kampung menang tp xda rezeki..hehe
MalizaMah berkata…
bab shila amzah mmg leeza sgt sgt sgt sokong lah...
persembahan shila out...
boni kacak berkata…
aku paling suka lagu teman pengganti malam semalam..pergh..memang terbaik.. meremang bulu roma..
Blog Santai berkata…
kita suka teman pengganti..serius best and they nailed it...kalau menang satu lagu terbaik pun ok...and of course kita suka lagu yuna..so happy for her!!!
Unknown berkata…
tahniah kepada semua pemenang....
tapi remy lebih suka teman penganti......
serasi sangat persembahan dan suara keduanya.....