Hantaran Perkahwinan RM495juta

Hantaran Perkahwinan RM495juta

Seorang ahli perniagaan di sini, Wu Duanbiao bermurah hati apabila beliau memberikan hantaran mencecah 1.01 bilion yuan (RM495 juta) menjelang perkahwinan serba mewah seorang anak perempuannya, menurut beberapa laporan semalam.

hanifidrus
Menurut akhbar The South China Morning Post, antara hadiah perkahwinan yang diberikan ahli perniagaan itu termasuk empat kotak barang kemas yang diperbuat daripada emas, sebuah buku akaun bank bersama deposit 20 juta yuan (RM9.9 juta) dan portfolio hartanah.

Duanbiao merupakan pengerusi firma seramik tempatan, Fujian Wanli Group.
Selain itu, beliau memberikan 500 juta saham dalam firmanya yang bernilai lebih 100 juta yuan (RM49.5 juta) kepada pasangan pengantin baharu tersebut.

Menurut laporan media tempatan, usahawan berkenaan turut menghulurkan derma berjumlah 15 juta yuan (RM7.4 juta) kepada dua buah badan amal di China.

Beliau juga menghadiahkan sebuah kereta Mercedes dan Porsche.
Seorang jurucakap firma Duanbiao mengesahkan hantaran tersebut tetapi menafikan majlis perkahwinan itu akan berlangsung selama lapan hari berturut-turut.

Menurutnya, majikannya mahu mengadakan acara yang ringkas tetapi meriah.
Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa beliau akan mengadakan majlis perkahwinan selama lapan hari bermula 28 Disember tahun lalu untuk menjamu tetamu dalam kalangan orang awam.

Pengantin lelaki yang merupakan seorang kakitangan awam sudah mengenali isterinya sejak dari zaman prasekolah.

Bagaimanapun nama anak perempuan Duanbiao itu tidak didedahkan.
Pada bulan lalu, seorang lagi bilionair di sini mengahwinkan anak perempuannya dengan jumlah hantaran lebih 2.48 bilion yuan (RM1.2 bilion).

Catat Ulasan

15 Ulasan

Mrs Velentine berkata…
mak ai...mahal tue
Unknown berkata…
amboiii..lepas kawen mkn duit je la..hihi
Unknown berkata…
yang kaya terus kaya, ini terma duniawi..
Unknown berkata…
kaya nya depa..... hantaran saja sampai camtu......
Unknown berkata…
bestla suami dia.. hihi
Unknown berkata…
terbaiklaa... kaya2 :)
Maisarah Azmi berkata…
tinggi nye harga.. dh macam ape dh
wantie berkata…
aduh.. kalau kat malaysia cam ni. semua cam no eh?
cydayf berkata…
fwehhhhhhhh... tak mampu nak cakap apa :D
fieda berkata…
mahal bebenor..
Syamimi Saad berkata…
oohh mak aiii.. kayo nyo.. kita ni nak saving sribu pun pejam2 mata..ni main kuar duit bnyk2 camtu..
OKje berkata…
untungnya jadi anak orang kaya he..he...
Unknown berkata…
mak datuk..nk buat apa bnyak2 tuh..