Penolong ketua kampung di daerah Aryanyaprathet, Sa Kaeo yang mempunyai tarikh hari jadi yang tidak wujud iaitu pada 30 Februari akur dengan tekanan selepas diselar seorang menteri Kabinet, meletakkan jawatan semalam.
Timbalan ketua kanan daerah Aranyaprathet, Viroj Aksorndee mendedahkan bahawa Sangwien Khuncharoen, 53, menyerahkan kepadanya surat perletakan jawatan sebagai penolong ketua kampung, desa 3 tambon Khlong Thapchan.
Khuncharoen memberitahu Aksorndee, dia meletakkan jawatan secara sukarela kerana memahami dia telah menjejaskan imej Kementerian Dalam Negeri dengan membuat aduan kepada media mengenai kesilapan tarikh dalam kad pengenalannya menyebabkan dia juga tidak dapat membuka akaun bank.
Dia mengakui silapnya tidak memperbetulkan tarikh lahirnya pada pendaftaran kelahiran dan kad pengenalannya. Khuncharoen berkata, dia tidak memperbaiki tarikh itu kerana ibu bapanya yang mendaftar tarikh berkenaan pada rekod pendaftaran kelahiran tanpa mengetahui ia menyebabkan kesukaran.
Menurut Aksorndee, memandangkan Khuncharoen sudah meletakkan jawatan, tidak perlu lagi membentuk jawatankuasa disiplin bagi menjalankan siasatan terhadapnya. Selepas berundur Khuncharoen menutup telefon bimbitnya dan kediamannya juga berkunci, seolah-olah tidak mahu dihubungi untuk memberi komen kepada wartawan.
12 Ulasan
tapi kan memang salah jabatan pendaftaran dorang le. dah tau tarikh tu tak wujud kenapa still terima tarikh tu sebagai tarikh lahir. pelik