Kos Selamat Tupai 6000 pound

Kos Selamat Tupai 6000 pound

hanifidrus
Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).

Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: “Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap.” Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.
Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.

“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Kaunselor daerah Herts, Steven Giles-Medhurst berkata: “Mereka biasanya menghantar tiga jentera bomba untuk kes melibatkan kemalangan jiwa.

“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.
Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.
Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati.

Catat Ulasan

12 Ulasan

Niza Romli berkata…
dgr dalam hot.fm pg td..membazir betul la diorg ni.
Syamimi Saad berkata…
tu diaa..sekor tupai je.hehe..
tapi tak nmpk jelas pula gmbar tupai tu..
Mama Amirul berkata…
Berbaloi ke?????????
ayut berkata…
sekali baca klakar...tp ntahla..mmg tak ptt la smpi hantar 3 jentera kerana tupai semata...klu melibatkna nyawa org pttla kan..alahaiiii tupai...
MalizaMah berkata…
wow... mahal nyer..
boni kacak berkata…
hahhahahaha.. kelakar pun ada..hehehehe
OKje berkata…
Ha..ha... beruntunglah jadi tupi tu...berebut-rebut org nak tolong selamatkan!
Blog Santai berkata…
Hmmm..macam tak berbaloi lah pulak..
Unknown berkata…
Nyawa tupai pun Mahal...nyawa manusia...manusia sajalah yang tahu..

http://seek4stuff.blogspot.com/
Unknown berkata…
rege bagi seekor tupai yg terperangkap..... mahal tu...
wantie berkata…
hurm... mungkin callers tu buat 2-3 panggilan kot. atau dorang saja nak memperbodohkan jabatan bomba.

kalau la lelaki tu ambil kayu panjang dan bagi tupai tu opat kat kayu tu kan ka senang..

tak payah panggil bomba pun.

Unknown berkata…
Nape laa x call wonderpet je..penyelamat haiwan dalam kesusahan..

"wondepet wonderpet kami datang
Membantu haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar Dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah..
Yeahhhhhhh WONDERPET!!yeahhh"....wonderpet nyanyi..hihihi..