Pelik: Baju Emas Berharga RM800,000

Pelik: Baju Emas Berharga RM800,000

hanifidrus
Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.

Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.

Baju itu didakwa berharga RM800,000. Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.

Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas. Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.

“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak. “Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya

Catat Ulasan

15 Ulasan

afzalsukasuki berkata…
hoho rantai tu kira baju ke hape?ke tu butang baju melayu? :P
Tanpa Nama berkata…
amboii... $$$$$
wantie berkata…
memang betul kata pepatah. Ilmu menjaga kita. Harta? kita yang menjaganya.

Ni le kan bila dah kaya pun susah nak kena siap pengawal bagai. hahaha..

Lepas ni emas akan naik harga dan baju tu pun turut naik harganya.
wantie berkata…
potong sikit baju tu boleh.. nak gadai. hahahaha
Unknown berkata…
mcm nak koyak2 jer baju dia......mesti kaya......
Aimacomel berkata…
Emas bg india dh mmg keperluan.. Tp rasa pelik sgt2 kan..
Unknown berkata…
Alahai. Dalam masa jutaan rakyat India yang berhempas pulas nak dapatkan makanan ada juga yang sanggup tempah baju bernilai RM800,000.
Unknown berkata…
perghh .. kaya kaya
Mawardi yunus berkata…
huntungla bayak duit x tau nak buat apa hahaha
Blog Santai berkata…
Mahainya!!! mesti dia tak tau apa nak buat dengan duit dia..bertuah badan banyak duit macam ni..tapi kena hati-hati nanti kena rampok!!
Mummy MM berkata…
Kayanya mamat tu kn..
Unknown berkata…
huyyyo..x berat ka baju tu??
Eiqa Almond berkata…
Hamboiii..!!
Semata mata nk sambut 2013.
Tak pelaa itu hak dia..
Nasib bukan lelaki melayu..

Tapi sejujurnya eden tak suka emas, muehehhee
wantie berkata…
semalam baca paper. baju emas ni leh pikat wanita.

hamboi... tak ensem tak pe. baju tu yang ensem.. kakakaka