Selamat Hari Jadi Sayang

Selamat Hari Jadi Sayang


Tarikh 5.01.2013 adalah tarikh hari jadi isteriku. Selamat Hari jadi Sayang buat isteriku bernama Aslinda Binti Atan. Sudah hampir 11 tahun kita bersama dan setiap umur kita yang meningkat ini mendalamkan lagi cinta ini.

Sayangku,
Aku tahu aku bukan suami yang sempurna. Suami yang suka membebel, apa nak buat itulah salah satu sikap seorang blogger yang suka membebel..hehehehehe.

Suami yang kadangkala mempunyai angin pus-pus apatah lagi kalau membawa kereta dalam keadaan jammed dan panas, membebel seorang diri dan kau hanya tersenyum melihat perangai pelik ku ini.
Pendek kata suamimu ini memang suka membebel.......

Dan perjalanan hidup ini sebagai suami isteri, pelbagai peristiwa pahit dan manis telah kita lalui. Yang pahit kita akan jadikan pengajaran untuk menjadi lebih matang dalam membentuk ikatan kita ini. Yang manis sebagai kenangan abadi kita bersama. Dan walaupun umur kita semakin meningkat, kita masing-masing masih lagi belajar memperbaiki hubungan ini.

Pasti kita akan melalui masam manis sepanjang kehidupan ini tapi itulah cabarannya kan...

Sayang,
Padaku setiap kali tahun bertambah sudah tentu umur bertambah. Namun dimataku dikau tetap yang manis seperti 11 tahun yang lalu. Senyummu bakkan semanis madu. Matamu bakkan mutiara yang berkilauan walau pun dikau ada rabun jauh...hehehehe.
Jika diizinkan Allah, jika kita bersama 100 tahun lagi , dikau tetap yang termanis, tercantik dan teristimewa di hati ini.

Sayang ,
Cintaku padamu bukan semata-mata meraikan umurmu tapi pada hati. Ingatan ku pada harijadi ini adalah sebagai tarikh pengukur....dikau sebagai cintaku dari tahun ke tahun. Pengikat kesetiaan kita bersama dengan anjakan umur yang semakin meningkat.
Lagi meningkat umurmu dan umurku, lagi bangga buat ku seperti yang aku katakan tadi, we still in love!!

Sayang,
Dikau adalah seorang isteri dan ibu yang terbaik. Ya, aku akui kadangkala nyanyian operamu terhadap anak-anak kita yang nakal bisa membingitkan telingaku... kikikiki .

Tapi itulah tugas seorang ibu. Dan aku bangga dari tahun ke tahun anak-anak kita melalui asuhanmu lebih baik menjadi lebih baik dariku. Terima kasih sayangku, tanpamu aku tak bisa menjalankan tanggungjawab yang berat ini..

Cukuplah aku mencoretkan nukilan tinta ini. Jika mahu dicoretkan ...ahhhhhh.....terlalu banyak istimewamu padaku. Nanti rakan-rakan blogger aku kata, ayat bodek yang melampau..hehehehhee.
Namun di hati mu ku tahu, apa yang ku katakan ini adalah benar.
Cuma inilah kelemahan ku, tidak bisa memperlihatkan betapa aku cinta padamu setiap hari.

Dan sekali sayang, abang ucapkan Selamat Hari Jadi Padamu.
Abang berdoa agar seribu tahun lagi dipanjangkan umur abang agar dapat menyambut harijadimu setiap tahun.

Ku coretkan disini sebagai memori yang tidak akan hilang.......

Catat Ulasan

37 Ulasan

Abam Kie berkata…
selamat berbahagia hingga ke akhir hayat, ok?
Nour Adieb berkata…
Wahhh, selamat hari lahir Pn Hanif :)
Unknown berkata…
wahhh..kena bg dya baca nih..=D

happy birthday too kak..=)
Unknown berkata…
terharu la entry ni.... memang tulus dari hati... hehehehe... boleh tambah anak ar camni kan... hehehe...

*lariiiii*
Unknown berkata…
selamat hari lahir utk akak !!!
semoga terus menjadi isteri yg setia dan solehah buat abg tersayang.....
semoga panjang umur dan murah rezeki selalu....amin
Cik Bayan berkata…
Selamat harijadi aslinda..semoga dilimpahkan rezeki dan dikurniakan keluarga yg bahagia.
Unknown berkata…
sweetnya.. semoga si esteri panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiin..
Unknown berkata…
sweetnya.. semoga si isteri panjang umur dan dimurahkan rezekii... aamiin...
MyFreeMinded berkata…
Aduh, indahnya perutusan sang suami buat si isteri, moga berkekalan kebahagian yang dinikmati dengan iringan rahmat Allah S.W.T.
LiLy @ MaMaQiStInA berkata…
SO sweet..Selamat Ulang Tahun juga buat akak..moga sentiasa di murahkan rezeki..^^
Unknown berkata…
selamat hari lahir untuk si dia :D
awalnya date of birth..
jaga elok2 dirinya yer (:
OKje berkata…
Alahai...... bestnya dapat kata-kata cinta di hari lahir.... itu baru ucapan tu.... belum lagi hadiah....belum lagi makan-makan lagi...Pergh! pendik kata dilayan bak puteri yeh Nep

Selamat hari Lahir untuk isteri ye.... semoga panjang umur dan bahagia hingga ke syurga!
Syazwana Borhan berkata…
woww sweetnye! ungkaplah camni dpn istri, lg sweet n jujur! n_n
Jie berkata…
Happy birthday akaknye. semoga berbahagia disamping suami, hehehe
Unknown berkata…
auww sweet n lomentikk .. hihi selamat bercinta hingga ke syurga ;D

#selamat ulangtahun kak, barakallahu Fik :)
Mummy MM berkata…
Selamat hari jadi kpd Isteri Abg Hanif :)
Aimacomel berkata…
Selamat Hri Jadi Kak..
Moga terus bahagia bersama menyemai kasih ye =)
~First time dengar ayat berbunga2 dari abg Hanif Idrus.. Kita pulak yg terasa romantika di situ.. Semart la abg hanif ni =) hehehe,
Unknown berkata…
Assalamualaikum..sungguh bahagia hubungan suami isteri ni na..Fahz doakan yang baik2 buat famili hanif.semoga bantera yang dibina berkekalan ke akhirnya.Selamat Hari lahir buat isteri :)
Unknown berkata…
Tahniah untuk isteri bro.
Gandakan angka 11 menjadi 111 kalau diizinkan Allah.
Unknown berkata…
wah.. Selamat Hari Lahir buat isteri bro Hanif.. (sama besday ngan kawan Fiq lah..huhu )
THE AUTHOR berkata…
Sesekali baby...kikiki
THE AUTHOR berkata…
Kikikiki...2 orang dah cukup bro..ahaks. Tak tahu kalau tetiba Allah nak kasi...terima dgn redha...hihii
THE AUTHOR berkata…
Hahaha..semua isteri adalah puteri psda pandangan suami
THE AUTHOR berkata…
Tak boleh....nanti aku ketawa...kikikik
Nick Nashram berkata…
surat cinta untuk isteri tersayang ni..huhu..semoga berbahagia smpai ke akhir hayat.
CikMunBlogger berkata…
tetiba rasa macam teringin nak kawen . muehehe . sweet kan kalau buat ayat ayat sweet macam nie untuk yg halal . lebih bermakna maksud nyeee :)
razif berkata…
Assalamualaikum ... Selamat hari lahir buat puan Aslinda
jie susanos berkata…
hpy brtdy puan..
Niza Romli berkata…
Hepi birthday kak!
Tanpa Nama berkata…
selamat hari jadi akak
NumNum berkata…
SELAMAT HARI LAHIR . :)
wantie berkata…
selamat hari lahir. adus.. kalau la my hubby yg tulis mcm ni. mau senyum tak habis habis.

semoga tahun ni akan tambah lagi kasih sayang korang berdua.

Unknown berkata…
happy belated besday tuk isteri en hanif.. hihi
Shaiful Zaidi berkata…
Happy belated birthday buat bini hang bro.