Abnormaliti Dalam Kehidupan

Abnormaliti Dalam Kehidupan

hanifidrus
Sejak balik motivasi ini aku tiba-tiba bersemangat nak bercerita tentang motivasi ini.

Hari ini aku nak motivasikan diri aku ini. Hari ini nak cerita tentang abnormaliti. Ianya bermaksud sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan.
Dalam kehidupan kita biasanya akan berlaku dugaan di luar standard kehidupan seharian kita.



Sebagai contoh, biasanya kita bangun tidur pukul 6.00am, lepas tu terus mandi dan sembahyang. Lepas tu gosok baju dan berkemas untuk ke tempat kerja. Sebelum bergerak anda akan makan sarapan dahulu. Dalam pukul 7.20am anda akan bergerak ke tempat kerja yang ambil masa 20 minit. Waktu anda masuk kerja ialah pukul lapan.
Sampai tempat kerja pukul 7.40am, sempatlah anda memeriksa beberapa data sebelum mesyuarat pagi. Itulah rutin STANDARD anda setiap hari.

Tetapi pada hari tersebut anda terlewat 30 minit. Takkan anda hendak ikut rutin yang sama. Anda terpaksa ubahsuai rutin STANDARD anda apabila ABNORMALITI ini berlaku. Betul tak?
Kalau anda ikut standard yang sama, sudah pasti anda akan terlewat ke tempat ker.

Sebagai contoh, perkara yang terpaksa dibuat ialah sembahyang, gosok baju dan mandi. Takkan tak mandi lak..hehehehehhe. Tapi anda biasanya mandi 20 minit anda boleh potong kepada 10 minit sahaja.
Mungkin anda tak sempat sarapan, hanya dapat minum air kosong sahaja. Dan akhirnya anda tiba ke tempat kerja pukul 7.50am. Walau pun lewat 10 minit dari rutin biasa tapi anda tak lewat.

Tapi adakala ada juga manusia yang tak boleh absorb abnormaliti ini. Untuk mereka perkara sedemikian sebagai satu beban yang menimbulkan panik. Muka menjadi cemas secara tiba-tiba..hehehehe. Atau yang lagi teruk walau abnormaliti berlaku mereka selamba ajer dengan standard mereka. Dalam diri mereka tiada tindakan untuk mengatasi/mengurangkan masalah abnormaliti ini.

Lepas tu buat muka tension yang menimbulkan kebencian pada orang lain....hahahahahaha.

Perkara ini juga terguna pakai ditempat kerja, apatah lagi kalau anda terlibat dengan produk yang memerlukan kualiti atau output. Sudah tentu setiap hari anda akan berjumpa pelbagai masalah. Dan ketika inilah banyak standard tidak boleh diguna pakai. Anda terpaksa bekerja keras sedikit untuk menyelesaikan masalah abnormaliti ini.

Setiap abnormaliti pasti ada tindakan, walaupun  kadangkala gagal namun sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan impak kesan buruk tersebut.
Bila anda biarkan abnormaliti itu berterusan maka lagi teruk kesan terhadap anda.
Masa itu mulalah menyalahkan pihak lain tidak memberi sokongan dan pelbagai lagi.

Aku menulis disini kerana aku ada abnormaliti..bini aku kena tinggal dengan bas...hehehhehehehehe.
Apa nak buat yek......emmmm
Biarkan wife aku selama 2 jam baru nanti aku angkat...hemmmmmmm.
Suruh belajar ambil lesen kereta......
Suruh telepon kawan dia amik ....

Catat Ulasan

7 Ulasan

Aziela berkata…
Nice entry. True enough. Ada orang yang bila tensen, dia menjangkitkan negativity itu pada orang disekeliling dia. Dan untuk mempositifkan situasi itu, mengambil masa yang lebih panjang.
Unknown berkata…
Hehe.. Baru jew tadi tertinggal bas
Blog Santai berkata…
Abnormality can be good sometimes coz we have to adapt under pressure...so pandai-pandailah bawa dirikan..
Nadia Johari berkata…
tau xpe..mse study mcm tu la..haha
inasazali berkata…
kdg2 berlaku jgk..nape x hantar wife tu g keje. ksian kena tggl bas..
Unknown berkata…
cam terkena dgn remy jer..... hari nie bos suruh masuk kul 7 lebih....kul 8 setengah baru remy sampai.... terlewat bangun..... byk yg abnormal pagi tadi...tebal muka kena marah lagi...he3
OKje berkata…
Beruntunglah hang sebab masih boleh berlenggang kangkung nak pegi tempat keje...Hubby OKje lepas subuh dah bertolak...huhu

Apa yg telah hang buat Nep.... sampai lamabt bangun!hehe