Dan tidak perlu aku menulis panjang lebar hukum haramnya dan sejarah tentang Valentine day ini kerana aku rasa semua rakan blogger sudah mengetahui ceritanya. Dan kalau tidak ketahui cari ajer keyword sejarah Valentine day sudah pasti beratus-ratus artikel terpampang untuk dibaca.
Jika hendak dikatakan, aku juga sebagai salah seorang penulis blogger bermusim yang pasti akan menulis tentang Valentine day ini setiap tahun. Kerana seperti aku katakan ianya keyword terpanas untuk tarikh ini sahaja!!! Rugi kalau tak tulis.....hehehehehe.
Setiap kali Hari Valentine datang menjelma dan setiap kali itu juga ramai blogger-blogger telah cuba mendidik akan keburukan Hari Valentine ini, diharap dapat memberi kesedaran akan kepada mereka yang kurang mengetahui akan keburukannya.
Tapi sebagai manusia, kita sering dilekakan dengan kasih sayang sesama manusia. Atau bahasa manisnya CINTA MANUSIA.
Dan aku akui sebagai remaja kita tak akan dapat melarikan diri ini dari mengalami suatu perasaan yang teramat sayang, rindu dan kasih kepada seseorang.
Itulah cinta.
Bila difikirkan kembali ianya memang cukup manis sekali.
Dan apabila terluka, uhhhhhh!!! terasa dunia ini menhempap kepala kau. Nak berfikir pun tak mampu. Keyakinan diri ini terasa jatuh serta merta. Senyum pun tak lalu. Mandi pun tak basah. Sakit hati janganlah itu perkara biasa. Memang teruk gak kalau bercinta tiba-tiba frust ini. Makan masa berbulan nak pulih.
Sampai satu ketika dalam kepala fikir, tidak mahu bercinta lagi .Serik!!!
Tapi lepas dua bulan...aikkk..bercinta lagi..hahahhahaha
Minta maaf saya katakan , ramai yang mengesyorkan cinta selepas kahwin adalah amat baik. Kahwin selepas cinta amat baik kerana ia mengelakkan maksiat semasa dalam proses berkenal-kenalan.
Tapi dalam realiti dunia masa kini, remaja sudah pastinya mahu memilih pasangan mereka sendiri.
Tapi dalam bercinta jika kita amalkan batasan-batasannya, sudah tentu kita tidak akan tersasar dari maksud tujuan kita ini.
Kita bercinta jika hendak mengahwininya sudah pasti kita akan menjaganya sepenuh hati. Itu sikap lelaki...
Kami lelaki takkan akan sentuh wanita tersebut kerana wanita yang memang hendak dikahwininya ia takkan nak sentuh-sentuh. At the end sure dapat punya.hehehehhe.
Tapi jika seorang lelaki bercinta dengan seseorang wanita itu dengan tiada tujuan mahu mengahwininya, maka saya nasihatkan berhati-hatilah..
Kepala otak mereka sentiasa fikirkan yang lain...
Pendek kata bukan semua lelaki tu jahat dan bukan semuanya baik ....
Kenapa Valentine ini Bahaya?
Memang bahaya untuk wanita!! Jika mendapat teman lelaki yang tiada tujuan mengahwini anda.
Hari Valentine sudah pasti teman lelaki anda akan berikan anda bunga dan top up sikit dengan coklat bentuk love.
Selepas itu ia akan membawa anda makan tempat spesial kan? Makan sudah tentu waktu malam kan?
Masa itu ia akan layan anda bak puteri, dengan suara yang lembut dan mula menggengam erat tangan anda dan mengatakan betapa ia cintakan anda...hehehehhehe.
Mengucapkan terima kasih atas kasih sayang yang anda berikan..bla..bla...bla... (ayat-ayat manis)
Bayangkan jika anda seorang wanita, sure layu punya.....sure...sure..sure..
Dapat bunga, dapat coklat, dapat makan spesial..time tu ler lelaki tersebut akan mempergunakan hati anda yang tengah seronok sangat tu...
Pada masa itulah ia akan mempergunakan Hari Valentine tersebut untuk membuat maksiat terkutuk dengan anda.
Dan selepas 9 bulan mulalah keluar baby face yang baru...hahhahahaha.
Hari lain tak boleh!! sebab takkan tetiba teman lelaki anda nak beli bunga dan coklat love tanpa ada apa-apa tujuan.
Paling best ialah Hari Valentine sebab hanya anda dan dia sahaja. Dunia milik kita...
Sebab tu dalam bulan November banyak kita dengar kes bayi dibuang!!!
Hari-hari lain yang anda patut berjaga-jaga ialah Hari Jadi anda juga....
Yang ini pula kes buang bayi selain bulan November..hehehehehe.
Kasih Sayang Bukan Hanya Hari Kekasih tetapi tiap-tiap hari...
28 Ulasan
kasih sayang bkn hnya pada hari kekasih tapi tiap2 hari adalah hari kasih sayang :)
Tak pon malam new year pon ramai jugak tersasar..
kunjungi balik yah http://forester-untad.blogspot.com/
ni lah bila suka mengikut membabi buta apa org barat buat..puihhh!!
andai aku ikut, bagaimana pula dengan Rasulullah yang sah2 itu nabi aku, ikutan aku, idola aku.
tak ikut pon takpe.trend sekarang ni.. apa orang sambut, kita pun turut sama sambut tanpa fikir sejarah dan implikasinya kepada akidah