Buat Tutorial Tapi Tak Boleh Copy Paste

Buat Tutorial Tapi Tak Boleh Copy Paste

hanifidrus
Hari ini nak bercerita tentang dunia blog pula..heheheheh.
Copy Paste atau plagiat dari sesebuah blog adalah merupakan satu masalah utama dalam dunia sesawang terkini.
Ramai yang mengadu artikel mereka di copy dan paste tanpa memberi kredit kepada penulis asal blog tersebut.

Tapi kita bernasib baik kerana dengan teknologi yang ada dan kemahiran pogramming yang baik, maka ujudlah terma "Disable Right Click".
Mana-mana blogger yang ingin plagiat artikel dari blog yang telah memasang "Disable Right Click " ini, tidak boleh men copynya!!.

Tapi kita sering terlupa, adakah semua blog harus mempunyai  fungsi ini "Disable Right Click". Tidak sama sekali.
Pada dasarnya website yang menjalankan analisis atau kajian seharusnya mempunyai fungsi "Disable Right Click"

Kerana nilai tambah kajian beliau adalah tinggi. Jika begitu mudah untuk semua pihak plagiat maka usaha kajian beliau mudah diceduk oleh pihak lain.
Adalah disarankan website anda di "Disable Right Click" jika melibatkan kajian atau jurnal yang sensitif serta mempunyak hakcipta.

Tetapi sesiapa jua mempunyai hak untuk "Disable Right Click" artikel mereka.
Tiada masalah kerana setiap artikel anda adalah usaha anda dan jika anda merasakan ia perlu di  "Disable Right Click" maka teruskan.

Tetapi jika anda membuat tutorial yang memerlukan pembaca copy programme atau script ADALAH amat tidak wajar anda "Disable Right Click" blog anda.
Takkan pembaca mahu menyalin satu-satu skrip tersebut.

Inilah yang berlaku semalam semasa saya cuba menyalin skrip yang ditulis oleh rakan blogger saya.
Malangnya tak boleh copy...hehehehehehehe.

Mungkin beliau terlupa bahawa semua artikel beliau adalah "Disable Right Click"...

Apa pendapat anda mengenai perkara ini.
Adakah blogger perlu membuat "Disable Right Click" pada setiap artikel mereka.
Adakah tidak perlu membuat "Disable Right Click" kerana tujuan kita berblogging supaya artikel kita dibaca dan kita akan merasa bangga jika di copy paste oleh blogger lain.

Cuma yang menyebabkan kemarahan blogger tersebut ialah tiada kredit diberikan....hehehehehhehe.


Catat Ulasan

38 Ulasan

inasazali berkata…
sblum nk copy paste kena bg kredit kt tuan punya blog. tp bg ina rasanya mcm x perlu kut disable right click tu..
Sheila Salim berkata…
assalamualaikum abg hanif, hehe bagi sheila tak perlulah nak disable right click. kalau org tu jujur copy paste enntri kita, dia akan kreditkan. kalau tidak ada kredit, kira redha saja. nape nak susah2 kan?
Kerapu berkata…
Pada saya, ada yang perlu ada yang tidak perlu. Bergantung pada maklumat yang ada...
Unknown berkata…
Assalamualaikum..entry mcm nie dah lama Fahz tunggu.Fahz malas nak utarakan biar blogger lain yg buat.Agak menyusahkan pd fahz bila tak boleh right click".mcm buat segmen kita nak copy banner,atau nak BW peserta lain.terpaksa klik 1-1 kat link.kat blog fahz kalau nak copy,copy la.tak pyh nak buh' kredit pun takpe.blog fahz blog perkongsian agama.dlm islam tak ada istilah "copy paste". :) hehehe
Unknown berkata…
husna kalau nk copy mintak izin dulu lepas tu kasi kredit..

x suka letak disable right click..nnti readers nk sumthing yg penting susah plak..kesian diorang..
cydayf berkata…
kalau blog tutorial tak perlu disable kot.. kan kan?
Azlan Strider berkata…
yup..setuju tu bro..aku pernah jumpa blog yang disable right click tapi boleh guna ctrl + C tapi sekali lagi bukan semua tau shortcut keyboards kan???

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
TAHNIAH!!!! Bro terpilih sbg salah seorang penerima anugerah cemerlang cikgu fiq.. Anugerah cemerlang bg subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi... huhu :)

http://cikgufiq.blogspot.com/2013/02/top-10-penerima-hari-anugerah-cemerlang.html
Cik Bayan berkata…
saya pun kurang setuju untuk disable right click, bagi saya lagi banyak benda baik kita sebar-sebarkan, lebih baik. tapi, hati manusia lain-lain. itu yang kita tak boleh nak teka..
TRAVELOG ATEH berkata…
salam en.hanif. bagi Ateh tak perlulah sangat nak disable right click nie. tujuan kita berblog nie pun nak share something kan. utk blogger jgk perlulah tahu mcm mana nak bg kredit kat penkarya sebenar tue. jngn main copy jer tanpa ada sumbernyer yg asal. selalu nak copy resepi xleh sebab benda nie. adoiii la... nak share ker tak nak ? haha
MyFreeMinded berkata…
emmm... depends on type of article kot... hehe... tapi ialah macam kata Sheila Salim kat atas tu, kena jujurlah kan, kalau yang di copy tu jenis tak kisah alhamdulillah, tapi kalau jenis yang tak suka camtu, berjawablah si pengcopy tu kat akhirat esok. :)
Unknown berkata…
tak buat pun disable right klik...
yang buat tutorial tu memang tak patut la buat tak boleh copy... takkan lah nak salin satu-satu code dalam tutorial tu... jenuh!
Unknown berkata…
betul..
just give kredit...... semudah kita copy paste entry tu..... penat depa tulis....
teratai berkata…
Kalau buat tutorial tu, kenalah beri orang copy n paste!Tp kenalah beri kredit kepada empunya tutorial...
onlajer berkata…
salam brother, ada function disable right click untuk sesuatu artikel yang kita tidak hendak orang copy, dan selebihnya jika bermenafaat dipersilakan copy walau tidak diberi kredit
Unknown berkata…
mula2 ada blog buat la disable right click tu..lama2 cm rimass pulak..
xpayah guna senang..hihi
Unknown berkata…
penat la pula kalau nak salin satu2..
rasanya tak perlula..nanti org yg baru bljr fening nak salin satu2
Unknown berkata…
rasenyer x perlu guna benda tu kalau artikel yang kita tulis bukan artikel yang sulit dan hakcipta terpelihara. kalau ada artikel macam tu, lebih baik awal-awal lagi jangan publish kepada umum. Bagi sy copy paste tak lah salah lagi-lagi artikel berilmiah, kan lagi elok kita berkongsi ilmu dapat jugak pahala, tapi eloklah bagi kredit kepada penulis asal sebagai tanda berterima kasih dan penghargaan. Jangan pula buat macam artikel sendiri hehehe.
Unknown berkata…
tak boleh copy sebab dissable right click ? bold maklumat tersebut then tekan jerr ctrl+c
Aieda Adnan berkata…
dari sekolah sampaila ke uni sampaila ke keje sampaila ke blogging, mesti ade yang tiru2 (copy paste) punya...haha
Orga berkata…
setuju dengan cik amal tu, sesetengah boleh dibuat macam tu, just bold and tekan ctrl c..camnepun, kalau orang tu tak kreditkan balik, niat sedekah jelah :)
Unknown berkata…
kadang2 bengang jugak bila nak copy xboleh.heee..
bukan nak copy semua,copy sebaris ayat tajuk segmen pun tak leh,nak copy photo pun xleh.
bg michelle x perlu kot disable2.
kalo ada yg copy kita punya hasil takpe la maknanya org suka kerja kita lettew.
hehehehe ^^
THE AUTHOR berkata…
malu lak aku..rupanya boleh Ctrl-C yek..hahahaha
M'Rie R'Nie berkata…
Itulah ciri blogger bebal (oops sorry terkasar bahasa) but its reality. Buat apa hasilkan tutorial kalau orang tak boleh nak ambil codenya kan. Tapi ada caranya juga. Biasanya disable right click ni guna code java script. Just disable function javascript di browser internet, lepas tu refresh blog yang kita nak ambil code tu...tara dah boleh copy dah code tu.
Unknown berkata…
emm.. tu lah kalo mar pn x suke org disable hehe kdg2 nak bukak tab bru je, bkn nak copy, so dh leceh.. hihi tp mslhnye mar pn buat disable right click bkn sbb xnk org copy artikel, artikel sgt digalakkan kongsi, huhu xnak org copy gambar je.. huu cane tu ~
Unknown berkata…
Tujuan kita berblog nak berkongsi apa yang kita tulis. Tidak seharusnya semua entri di 'disable right click'. Entahlah itu hak blogger.
blog saya ada disable right click.. dulu letak sebab nak protect artwork tp bila org nak copy mcm2 boleh buat.. sekarang nak buang la.. tp asik lupa je..hohohoh
Unknown berkata…
kekadang yg letak disable right click tu pon ada gak amek org pnya kan..kan.

apa2 pun dlm kes ni kena ada give and take laa..
yg buat tutorial xperlu brkira sgt, dan yg copy tu kena la bljr berterima kasih dgn bg kreadit sewajarnya.
Maisarah Azmi berkata…
blog saya xde disable right cklik..sebab ada buat tuto jugak walau 2, 3 entri je..agak engang kalau blog buat tuto tp xbagi copy dia punya words untuk tuto tu..
Nadia Johari berkata…
kene mintk izin dulu...baru leh copy..=)
Unknown berkata…
menipu jer "Disable Right Click" tu....hahaha
Unknown berkata…
artikel kat Pesona Blog tak kena kunci..cuma sesetengah gambar ada no..perkongsian yang baik..
susah nak komen, sebab hak masing2 dan citarasa kita masing2. Tujuannya kot nak hati-hati, nak owner orginal tapi ada jg dibenarkan dgn cara minta izin dulu..
wantie berkata…
masa saya guna PC. nak le right click tapi tak boleh.

Then bila saya guna samsung galaxy Note 2 saya, eh tetiba je boleh copy. hahahaha... tak selamat juga la kalau mcm tu.

cuma kat PC ni je kena right click. tapi kalau guna smart phone, tak payah right click.

sah sah le boleh copy.
wantie berkata…
then lepas ni jgn le dok tanya mcm mana org boleh copy artikel kita.

tak mampu nak kejar teknologi yang semakin maju ni. tutup satu pintu, sepuluh pintu terbuka...

INNANIE ARIFFIN berkata…
assalamaualaikum

blh sy dapatkan email tuan blog.

sy blogger coklateyes. yang pernah berikan domain percuma dulu. puas meninjau mana nak dapatkan email. hehehe takde pulak :)
selipar putih berkata…
baru rasa malam tadi jumpa macam ni..bengang giler rase..macam nak taknak je bagi ilmu tu.
Unknown berkata…
cheqkaq tak kesah pon kalo org lain nak amik & copy apa yg kita tulis..sbb kdg2 hasil yg kita tulis tu pon idea org lain gak..cume kita olahkan sikit jer supaya rasa lebih menarik..ilmu harus disebar2kan
OKje berkata…
belum pernah berlaku pada diri ku hehe