![]() |
Contoh Entri Spam |
Aku pun hairan apasal ler , tetiba ada spam yang boleh publish entri kat blog aku ini.
Ramai kawan blogger aku yang pening-pening lalat baca entri aku ini..hehehhehe.
Tindakan pertama aku ialah aku ubah e-mail untuk publish entri aku ke blog ini. Aku rasa e-mail address publish ke blog aku ini dah tercemar..hahahhahaha.
Semalam aku dah tukar!!!
Tindakan kedua aku ubah password blog aku juga, kali ini lebih panjang sikit dan harapannya aku tak lupa dah ler...hahhahahaa.
Orang kata kalau nak buat password jangan taip yang ada kena mengena dengan kau. Mereka boleh detect password kau...
Tapi kalau taip yang tak kena dengan diri kita, mudah lupa lak......hemmmm..
Tindakan ketiga aku deleted semua post yang mengarut tu dan terpaksa deleted sekali komen-komen yang ada, kalau tak nanti keluar broken link lak...
Menyusahkan betul ler manusia-manusia yang suka spam ini. Aku pun tak tahu macam mana boleh terlepas ke blog aku ini.
Setakat ini yang aku suspek ialah e-mail address untuk publish entri aku yang terlepas, untuk password ke blog belum lagi. Itu pendapat aku ler.
Bayangkan kalau mereka tahu password aku, yang paling merisaukan aku ialah mereka meletakkan link yang bukan-bukan..aduss. Aku pun memang TAK cukup pandai tentang HTML ini..hehehehehe.
Yang pasti ini salah aku...hehehhehehe.
Rakan-rakan blogger jadikan ini sebagai satu pengajaran.
22 Ulasan
hope blog bro x di spam lg..
Amin :)
mintak2 la xjadi mcm ni gak..leceh nk tkar2 tu nk tkar ni..
all d best bro!
pls: mselim3 sentiasa doakan yg terbaik buat bro hanif...
kena selalu update password...