Baru-baru ini cikgu anak aku beritahu suruh buat Profil Keluarga.
Yang buat aku marah sangat sampai aku nak cekik anak pompuan aku ialah Cikgu dia dah beritahu hari Khamis. Tapi hari Sabtu malam baru beritahu yang cikgu nak profil keluarga hari Isnin.
Sakitnya hati aku!!!
Bukan sekali dia buat peel macam tu, aku rasa masuk ni dah kali ketiga kot..
Malam tu aku malas nak buat. Aku memang dari dulu lagi pantang kerja last minit ini. ..hahahahaha
Hari Ahad aku buat sikit dan kemudian Mama dan Acik dia sambung buat profil keluarga..
Nasib baik mereka rajin buat benda macam ini.
Sementara mereka buat aku sambung tengok wrestling Royal Rumble....nak tengok CM Punk lawan The Rock!!
Lepas Maghrib baru siap design ganas mereka.....
Masalah timbul ialah nak print. Kat umah aku tak der printer color. Dalam pukul 8.00pm aku ajak anak pompuan aku keluar cari Cyber Cafe yang berdekatan untuk print. Nak dijadikan cerita, kami pergi 4 kedai semua tak der print color dan akhirnya kedai kelima baru jumpa cyber cafe yang ada print color...huhuhu.
Lepas tu aku fikir nak binding pun kedai dah tutup. Kami pergi Tesco dan pergi kedai buku Popular beli clear file dan masukkan semua Profil Keluarga dalam tu.
Sampai rumah pukul 9.45 malam...Amik kau...!!
Sempat aku membebel dalam kereta, aku kata kat anak aku. Ini masalahnya kalau informasi lambat....1 jam setengah mencari print color...
Aku bukan marah pasal nak buat kerja sekolah dia.
Lagi kali aku rasa anak aku tak buat lagi kot. Yalah!! Satu jam lebih merayau mencari kedai print color. Dan dengar abah dia membebel ajer..opssss bukan membebel tapi motivasi ....hehehehehe. Pengajaran yang baik untuk dia.
Tapi sebagai ibubapa kami sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anak. Kalau Hanis (anak pompuan aku ) beritahu awal-awal sudah pasti aku dan mama dia akan akan membuat yang tercantik dan terbaik untuk dia.
Ini kami mengejar masa, sudah tentu hasilnya kurang memberansangkan...huhuhuhuhuhu.
Bila kita terkejar-kejar masa, kesempurnaan kerja itu tiada, walau pun kerja yang dibuat itu amat mudah tapi disebabkan masa yang amat mencemburui kami maka hasilnya amat mengecewakan.
Kalau buat sesuatu kerja tapi tak sempurna, saya rasa semua orang tak akan berpuas hati..
Bak pepatah Melayu berkata" Alang-alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Lengan Tangan"
Atas dasar pepatah tu ler...mahu tak mau aku kena print projek anak aku ini. Tak pasal-pasal pergi sekolah esok, kawan-kawan dia semua bawa profil keluarga, anak aku terkebil-kebil tak bawa apa-apa. Marah pun ada...kasihan pun ada...tapi 80% marah..hahahahaha.
Walau apa pun aku rasa aku kena beli printer color gak. Dulu bukan tak nak beli tapi aku tahu perangai aku ini.Bukan anak aku yang guna nanti, aku yang lebih-lebih ..hehehehehehe.
34 Ulasan
Baby pun xleh buat last2 mint ni. Rasa serabut sgt kalau terkejar2 cmtu tau
Rasanya Hanis ni menurun perangai siape...Hehe he...Jgn tak mengaku pulak ye!
Elok sesekali di beri pengajaran, baru dia boleh ingat sampai bila2.
so kat rumah ni printer,photostat kena sentiasa ok..bersedia..
bagus mcm ni xlist boleh kenal semuanya
Regards,
-Strider-
Tutorial Cara Hilangkan Navbar Di Blog Anda - ez Tutorials Blog
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/tutorial-cara-hilangkan-navbar-di-blog.html
lagi satu kalau kat penang ni masalahnya ialah banyak betulk cyber cafe. tapi bukan cyber cafe yg berpaedah yg mesin jdui. kalau kat depan kedai tu letak motor parking smapi kita nak masuk pun tak boleh. sah le tu. dah kena banyak kali.
kedua kalau asal kita masuk ngan kertas kerja ke hape ke, semua org dok pandang kat kita wal hal kita nak tanya je pun ada ke tidak colour printer.
nak tak nak memang kena beli printer kaler.
Enjoy tue jln mlm2 cari cyber cafe, heheheheheee... Rasa-rasanya klu lepas ne benda sama terjadi juga mcm mana tu tuan? hehe :D
Terima kasih atas doa anep pd anak ta.amin
belilah printer kat Tesco... rm269 je.. senang bila-bila boleh print hehe ..wa pun baru beli gak...hehe
anyway teringat buat profil kluarga time form 1 dlu hehehe!!