![]() |
Ceria!!!! |
Biasalah orang tua-tua ini kecoh...hehehehehe.
Gambar kat atas menceritakan segalanya. Senyum lebar rakan aku ini..hehehehehehe
Kekecohan bukannya disebabkan BR1M yang heboh tapi mereka yang berumur 40 tahun ke atas mendapat baucer Program Saringan Kesihatan PERKESO dimana semua pekerja yang berumur 40 tahun layak mendapat pemeriksaan kesihatan yang meliputi:
a) Full Blood Count
b) Fasting Glukosa
c) Fasting Lipid Profile
d) Urine FEME/Microalbuminuria
e) Pap Smear
f) Mammogram
Program ini berkuatkuasa pada Januari 2013 iaitu tahun ini ler.
Caranya amat mudah dimana PERKESO akan memberi baucer kepada semua majikan swasta yang mempunyai pekerja yang berumur 40 tahun ke atas.
Dan majikan pula bertanggungjawab menyampaikan baucer tersebut kepada semua pekerja terbabit.
Setelah pekerja memperolehi baucer tersebut, maka pekerja tersebut akan pergi membuat pemeriksaan kesihatan melalui klinik panel yang dilantik oleh PERKESO.
Untuk mendapat kan maklumat klinik panel tersebut , pekerja swasta terbabit boleh pergi portal SeHAT PERKESO.
Pihak Klinik Panel akan membuat pemeriksaan ke atas pekerja terbabit dan segala bayaran pemeriksaan akan dibayar oleh PERKESO.
Laporan perubatan boleh diambil dari klinik terbabit atau dari portal SeHAT PERKESO..(kalau tak salah aku ler)
Satu program yang baik untuk PERKESO dalam menangani Penyakit Tidak Berjangkit -Non Communicable Disease ( NCD) yang semakin menjadi-jadi di kalangan pekerja swasta kini.
![]() |
Satu lagi wajah ceria |
Pada pendapat aku ini adalah satu situasi menang-menang. Dimana pekerja swasta yang tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan akan berpeluang melakukan pemeriksaan ini dan sekaligus mengesan simptom dengan lebih awal.
Manakala PERKESO pula dalam jangka masa panjang akan merendahkan kos pembiayaan keilafan mereka ke atas pekerja swasta.
Satu tindakan bijak yang saya sokong 100%.
Jangan pula kita mempolitikkan perkara sebegini, mentang-mentang PRU13 nak datang. Sebab ini sahaja kelebihan kecil kami pekerja swasta berbanding keistimewaan pekerja awam. Itu pun kena tunggu umur 40 tahun .
Lama lagi ler aku nak dapat baucer ini, kan aku masih muda dan mentah lagi. ..hehehehhee. Orang tua-tua kata Remaja Matang....kikikikikikiki
Tapi satu ajer yang aku tak sokong, maknanya apabila PERKESO dah keluarkan satu standard dimana pekrja yang berumur 40 tahun ke atas sahaja yang layak memperolehi Program Saringan Kesihatan PERKESO maka kawan-kawan aku yang berumur 40 tahun ke atas KECUALI AKU ( youngster) adalah dikategori warga emas. Dalam kaca mata standard PERKESO kan...kan..kan.. hehehehhehe.
Kalu lihat kat gambar baucer untuk perempuan besar sikit dari lelaki sebab mereka kena buat pemeriksaan Mammogram....apenbe tu yek.....
22 Ulasan
Kecik hati aku...hahahahhah
Panggil abang atau bro ..
Ta pun ada buat post ttg pekeso ni.try cek.dlm blog ta.
bagus. sy pun ada symptom yg kena memogram. tapi umur muda lagi tak boleh nak buat. kena umur 40 ke atas baru boleh buat memogram test.
Memogram tu cik hanif, ujian ke atas payu dara untuk mengesan kanser payu dara.
kaum hawa je la yg layak . kamu nak jugak ke wat memogram? tak memenuhi kriteria untuk bermemogram.
ok la tu, ada gak bantuan untuk pekerja swasta kan.walau tak banyak macam kitorang yang keje gomen ni tapi ada la sikit :)
kami golongan prihatin yang memahami chewaah :P