Saya DLSR Beginner, Semi-Pro Dan Pro?

Saya DLSR Beginner, Semi-Pro Dan Pro?


hanifidrus


Salam satu blogger. Hari ini terbaca kat facebook rakan blogger kita Sembang Cyber nak beli DLSR. Cayalah lu bro.
Beliau ada memberi soalan bagaimana nak ketahui DLSR itu untuk Beginner, Semi pro atau Pro?

Soalan yang amat menarik dan kalau aku jawab di kotak komen facebook tak cukup ruang..hehehehehehe.
Hari ini aku nak terangkan dengan jelas.

Dalam dunia camera ini tiada siapa yang Beginner, Semi Pro atau Pro.Walau pun anda telah 5 tahun memiliki kamera DLSR tetapi anda kalah kepada rakan yang baru 1 tahun memiliki DLSR. Ini kerana bidang fotografi ini melibatkan bakat dan ilmu. Dan ini lah sebagai kayu pengukur Beginner, Semi pro atau Pro.

Kenapa saya katakan begitu? Jom mari saya terangkan!!!

Jenis-jenis Model  Kamera.
Dalam kes ini saya mengambil camera jenis Canon ler. I Love Canon!!!

Perbezaan harga DLSR ini kadangkala kita lihat macam 1100D harga baru RM1000+ manakala abang dia pula 600D pula harga sampai RM5000.
Adakah model kamera itu sebagai pengukur Beginner, Semi pro atau Pro?
hanifidrus

Ya, jika kita melihat dari sudut level control mereka iaitu aperture setting, ISO setting dan Shutter Speed mereka.
Sebagai contoh 1100D  ISO  maksimum yang boleh  setting  1200 tetapi  untuk 600D pula 2500.
Manakala  lagi baik model itu lagi baik level  control mereka.

Disini saya membahagikan jenis kamera Canon  Beginner, Semi pro atau Pro.

Canon beginner terdiri dari 3 -4 digit pula 1100D, 600D, 550D - hanya untuk hobi atau suka-suka
Canon SemiPro dia ada 2 digit di depan seperti 50D, 60D, 40D - untuk majlis kahwin-kahwin
Canon ialah ada 1 digit di depan seperti 5D, 7D, 1D dan lain-lain - ini kau kerja dengan National Geaoraphic..hehehehehe.

Jika saya ada duit boleh tak saya membeli 5D. Aku kata beli ler. Sebab fungsinya tetap sama. Semua orang boleh pakai!!
Sekali lagi saya katakan yang membezakannya ialah ILMU dan BAKAT.

Setting Mode Kamera
Dalam semua DLSR sekarang terdapat beberapa setting mode yang memudahkan pengguna.
hanifidrusSamada kau nak Full Auto, Shutter Speed Auto, Aperture Auto dan lain-lain. Tapi biasanya ia gunakan logo, Tv,P,M, Av.

Buat sementara gunakan auto dulu dan setelah memahami konsep asas "Triangle Exposure" maka perlahan-lahan study pakai manual.


Jenis lensa yang digunakan
Kadangkala kamu secara tiba-tiba boleh menjadi pro jika menggunakan kamera Pro kerana aplikasi yang terdapat dalam kamera tersebut telah memudahkan kerja.
hanifidrus
Biasanya apabila anda membeli kamera secara pakej anda akan dapat lensa 18-55mm. Itu standard,
Tapi jika beli membeli lensa yang berkualiti tinggi seperti 18-250mm  dengan f1.8, kualiti gambar anda lagi awesome.

Sebagai contoh kalau anda hendak ambil gambar model:
Disarankan menggunakan prime lensa 85mm f1.8.
Jika nak ambil gambar landskap gunakan lensa 18-250mm tapi diamater lensa besar . Dan lagi baik jika anda memasang filter.

Kesimpulan
Kesimpulannya ialah dalam dunia DLSR tiada Beginner, Semi pro atau Pro. Yang ada hanyalah kelengkapan kamera anda.
Dan jika kelengkapan anda tidak mencukupi, yang membezakan anda ialah bakat dan ilmu anda.

Jika anda dapat manupulasi ketiga-tiga triangle ini walaupun menggunakan kamera DLSR tahap beginner, gambar anda adalah kulaiti tertinggi.
Apatah lagi jika anda mempunyai imaginasi yang tinggi dari pengambilan sudut gambar yang cantik. Lagi cantik gambar anda.

Ditambah lagi jika prop yang digunakan disekeliling objek..lagi melecun.
Dan ditambah lagi jika model yang anda ambil memang cukup cantik dan berwajah fotogenik, pehhh memang dah cukup pakej!!!
hanifidrus
Harap rakan baik saya dapat memahami penerangan saya ini. Belilah mana-mana DLSR yang anda suka. Ikut budget anda.

Tapi jika ada budget yang baik saya cadangkan beli Canon 650D sebab ia ada video dan juga level function dia banyak. Itu standard yang terbaik!!
Kalau beli Canon ler..
Nikon lak, aku tak mahu beritahu...hahahahahahahhaha.

Mamat kat sebelah tu adalah contoh model fotogenik......muaahahahahahah





Catat Ulasan

36 Ulasan

afzalsukasuki berkata…
wah hebat bro, aku men snap je..asas sangat aku punya ilmu
Unknown berkata…
yana pkai kamera biasa jerk ... tue pun mls nk cuci gmbr. tersimpan jerk. hehhh
Unknown berkata…
suka org yg tangkap gambar kita tak suka tgkap gambar..
hahaha
haryati berkata…
perkongsian yg bagus...
Shaiful Zaidi berkata…
model fotogenik hebat tu...
Tanpa Nama berkata…
hebat la bro hanif ni..kathy minat juga tangkap2 gambar ni,tapi tak mampu lagi pakai DSLR...huhuhu..
Athirah Farah berkata…
nak mintak satu kamera yang cm gitu boleh tak en hanif..hahahaha :D
Bin Muhammad berkata…
Dari penerangan sudah cukup membuktikan tuan seorang jurukamera hebat.
Saya lebih gemar kamera digital biasa...senang guna, kecil dan ringan. Skrg ni gambar masuk komputer jer boleh edit mcm2.
Belum sampai seru lagi nak pakai DSLR...
THE AUTHOR berkata…
ISkk...saya tak pandai pun. Cuma sedikit penerangan dari persoalan rakan blogger...hahahhahaha.
Saya cuma faham konsep tapi bil abab bakat ini memang failed....hihihhi.

Lagi pun nak tunjukkan muka sendiri sebagai model...hahahhaha
Nadia Johari berkata…
mmg bnyak brg2 kmera ni klo dh mkin pro..kne pndiai2 budgjet
Penghuni 60 berkata…
semoga sukses ya
^_^
Unknown berkata…
tips yg menarik, tiada camera utk beginner, semi-pro & pro. hewhew
Mummy MM berkata…
Tak faham saya ilmu pasal DLSR ni
Aimacomel berkata…
Ada dslr yg basic je tp langsung xtau nk pakai. Sungguh, baru je siang tadi mintak my exec ajar secara personal. Sbb beliau sgt berbakat dl bidang ni. Sbb teringin sgt nk belajar btl2 dlm bidang ni
Salmi berkata…
Perkongsian yg bagus buat sesiapa yang berhajat nak tangkap DSLR. Soal camera ni akak memang gagal..
Tanpa Nama berkata…
huhu...js pun dh lama ber dslr tp pakai hentam je ambik gambar...hehe..
blm msk mana2 kategori lagi...^^
Unknown berkata…
cerita laa bro pasal Nikon?
Unknown berkata…
Hebat tuan. Ilmu tuan memang tinggi, boleh tulis apa2 pun dalam blog. Syabas.
M'Rie R'Nie berkata…
perli kita la tu.

Tapi to me setiap model dslr ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. bukan semua dslr mempunyai fungsi yang sama seperti apa yang bro cakapkan tu. Ini berdasarkan review2 yang saya baca daripada para pakar DSLR.

to me dalam kita nak membuat keputusan untuk membeli DSLR ni. Kita memang patut ada sifat "Selektif" a.k.a "Memilih" or demanding.Ini kerana harga DSLR ni bukan beratus. Tapi beribu, memang kita akan kecewa jika DSLR yang dibeli tu tidak memuaskan kita. Saya berkata begini sebab semasa membuat survey untuk membeli DSLR. Terdapat beberapa tokei kedai yang menyarankan untuk membeli semi-pro DSLR dan elakkan membeli beginner DSLR. Salah 1 sebabnya adalah dari segi harga yang tak dak jauh perbezaannya. Kalau tak silap saya Canon EOS 650D adalah kategori semi-pro DSLR (Ni tokei kedai DSLR ar yang bagi tau).

Beginner/Semi-Pro/Pro ni sebenarnya adalah penentu ukur kepada kemampuan sesebuah DSLR. May be pada bro ianya tak penting. Tapi pada saya penting. Ini kerana terdapat perbezaan diantara ketiga-tiga level DSLR tersebut.

Sebenarnya basic kepada DSLR adalah bermula dari penggunaan "Compact Digital Camera" sebenarnya. DSLR ni advanced technology daripada Compact Digital Camera.

Dulu saya pun tak suka DSLR disebabkan saiznya yang besar gedabak. Tapi selepas usia meningkat dewasa. Pandangan saya terhadap DSLR berubah, kerana saya tahu DSLR adalah lebih baik dari segi fungsinya berbanding compact digital camera.

Okay cuba bro pk ya. Memang apa yang ada pada Beginner Level DSLR akan ada pada Semi-Pro. Tapi apa yang ada pada Semi-Pro Level DSLR akan ada sebahagiannya pada beginner level dslr but ada yang tiada. Disitulah sebenarnya perbezaan diantara mereka.

Apa-apapun thanks for this article. den tau mu menjawab persoalan den di fb kan. sebab itu adalah persoalan den semalam. by the way ada sesetengahnya den setuju dan ada juga yang den kurang setuju.

Den setuju part skil pengambilan gambar paling penting but function DSLR ni dikira penambah perasa kepada skil snap pict kita juga.
THE AUTHOR berkata…
hahahahaha..
Panjang bro tulis M'Rie R'Nie.

Betul saya sokong. Sebab tu saya katakan level function setiap DLSR beginner, semi pro dan pro semua berbeza dari segi ISO, Aperture dan Shutter speed. Dan sudah semestinya juga terdapat fungsi2 yang lain.

Kalau tak takkan ler mereka akan keluarkan pelbagai model.

Jika ada budget sudah pasti kita akan memilih semi pro atau pro kamera.

Tapi kita boleh upgrade kamera kita berdasarkan item2 yang saya sebutkan tadi.

Melalui pengalaman saya walau dengan kamera yang baik tapi lensa yang kurang baik.hasilnya akan kurang baik gak.

Tu sebab saya senaraikan item2 tambahan bro perlu ambil kira sebelum beli.

Pastikan pakej kamera bro beli berbaloi.

Untuk saya kalau ada modal ;
beli kamera semipro/pro
Pastikan lensa yang baik..
Flash yang baik
Tripod yang baik.

Unknown berkata…
nak dapatkan gambar yg cantik...perlukan kreativiti..imaginasi dan teknik yg betul.....
amirofie berkata…
Terima kasih En Hanif kerana berkongsi pengetahuan dengan kami.

Bagi saya, walaupun baru nak belajar atau berjinak-jinak dengan bidang fotografi dan ada modal sedikit, belilah kategori kamera DSLR semi pro. Jika pilih Canon, the best is 650D. Jika pilih Nikon, go for D7000. Same shit with different name.

Pengetahuan asas mengenai fotografi perlu ada bila menggunakan kamera DSLR ini seperti ISO, Aperture, Shutter Speed, dan Composition (rule of 3rd). Kalau tak nak bayar mahal-mahal untuk masuk kelas fotografi, kat internet atau youtube memang banyak bercerita pasal pengetahuan asas ini dan banyakkan bertanya kepada jurugambar yang sudah berpengalaman untuk menimba ilmu pengetahuan bidang fotografi.

Kenapa saya syorkan beli kamera DSLR yang semi pro adalah sebab fungsi dan aturan sudah seakan-akan kamera DSLR yang pro. Apabila sudah mahir dan faham dengan pengetahuan asas fotografi (ISO, Aperture, Shutter Speed, dan Composition), maka semua pengetahuan asas ini boleh digunapakai dengan sebaik-baiknya pada kamera DSLR yang semi pro tadi.

Jika anda membeli kamera DSLR untuk yang beginner contohnya Nikon D3100 atau Canon 1000D dan jika anda sudah mahir dengan pengetahuan asas tadi, maka penggunaan kamera DSLR anda akan terhad dengan fungsi dan aturan yang terhad. Dan pada masa itu mulalah anda terfikir untuk upgrade ke kamera DSLR yang semi pro atau pro kerana anda sudah mengetahui akan keupayaannya.

Akan tetapi.. jika anda mempunyai bajet yang ketat, tiada masalah untuk bermula dengan kamera DSLR yang beginner kerana ada sesetengah pendapat mengatakan gambar yang cantik dan menarik bukan bergantung kepada mahal atau murah sesuatu kamera itu tetapi bergantung kepada cara penggunaan atau aturan yang dibuat atau komposisi gambar itu diambil. Kamera hanya membantu kita mengambil gambar sahaja tapi yang penting cara kita ambil gambar dan aturan-aturan yang digunapakai.

Kalau nak best lagi, setiap jurugambar mesti memiliki lensa yang bersesuaian dengan minat jurugambar tadi seperti wide lense, prime lense, dan zoom lense.

Ini hanyalah pendapat saya sahaja yang mana saya tokok tambah dari entri En. Hanif dan komen dari En/Cik/Pn. M'Rie R'Nie di atas.

Sekian, terima kasih.
seribupilihan berkata…
kita just baca je entry nie..sebab tak tau sgt pasal kamera nie..guna tangkap gambar je tau..hehe..thanks for sharing the info..terbaik...:-)
Ina ZaLinA berkata…
teringin juga nak beli DSLR ni..
kawan cik ina , myra dapat sbb menang contest dari denai hati,, jeles..
Unknown berkata…
suke tengok org yg berbakat amik gmbar. hehe saya tau tekan2 je.. hihi. *musti mahal kan model fotogenik tuu :D
Azlan Strider berkata…
kakak aku baru lepas beli camera DSLR Canon model apa ntah, tak igt sgt tapi agak latest laa..pening lak aku nak puga tapi still tengah belajar cara nak guna..hehehe

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
canon memang best tp michelle guna camera biasa je,
camera hp tu pun dah cukup.
hehehehe :D
THE AUTHOR berkata…
Thaank Amir!!!
Sekarang ni semua rakan-rakan yang nak membeli DLSR dah faham asasnya...
Thanks to Mrnie dan Amir kerana memberi respon dan pendapat terbaik.
Saya pun dapat meningkat pengetahuan saya ini
OKje berkata…
yang suka 'kamera besau' ni anak OKje yg kecik sekali sebok suh belikan... siap tau tu tu Canon lagi bagus... OKje baca ni pun baru tau haha...
Ingat dia larat sgt nak gantung cameraa tu kat leher agaknya....hehe.................

Tapi model tu mmg fotogenik betullah... come je nengoknya hehe
kucing comel berkata…
+1 gambar model hehehehe

http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/status-azam-baru-perdana-menteri.html
Unknown berkata…
Nak canon 1100D warna merah..
wantie berkata…
masih merangkak..
Unknown berkata…
bila baca entri ni makin berkobar2 nk miliki dslr sendiri..haha
nice sharing bro
Tanpa Nama berkata…
Setuju mas. Tiap DSLR memang sudah ada pasarnya masing-masing. Mulaid dari pemula, advanced, semi pro dan profesional. Saya sudah merangkumnya ke --> http://tommyvotograph.wordpress.com/2013/07/23/kelas-kelas-kamera-dslr-berdasarkan-tingkat-penggunaannya/

semoga membantu rekan2 lainnya
Tanpa Nama berkata…
baca ini juga mas--> http://tommyvotograph.wordpress.com/2013/07/23/kelas-kelas-kamera-dslr-berdasarkan-tingkat-penggunaannya/

Pembagian DSLR sesuai penggunanya. Apakah entry level, advanced, semi pro ataukah profesional. hehehehe semoga membantu rekan2 lainnya