Tahun Baru Cina Ramai Beli Ular

Tahun Baru Cina Ramai Beli Ular

hanifidrus
Jualan ular sebagai haiwan peliharaan di pulau ini melambung ketika orang ramai sibuk melakukan persiapan menyambut Tahun Baru Cina semalam.

Tahun Baru Cina kali ini jatuh pada tahun ular menurut kalendar masyarakat Tionghua. Ular menjadi binatang pilihan dalam kalangan penduduk kota raya ini ekoran haiwan itu mudah dijaga dan tidak memerlukan ruang yang banyak.

Di kedai Reptile Paradise yang menjual ular, cicak, kura-kura dan pelbagai reptilia lain di sini, berpuluh-puluh anak ular berusia beberapa minggu bertukar tangan.

"Kami melihat peningkatan jualan ular antara 20 hingga 25 peratus pada bulan ini berbanding tempoh sama tahun lalu," kata pengarah kedai berkenaan, Vincent Cheung.

Menurutnya, dia menjual antara 100 hingga 150 ekor ular sejak tiga bulan lalu dengan peningkatan serupa berlaku pada 2001 yang juga jatuh pada tahun ular.

"Apabila Tahun Ular tiba, orang ramai akan membeli ular. Menjaga ular adalah mudah dan ringkas berbanding reptilia lain," tambahnya. Kebanyakan penduduk di sini gemar memelihara ular jagung Amerika Utara dan ular susu yang boleh membesar sepanjang sekitar 1 meter.

Walaupun ular merupakan simbol kebijaksanaan dan kegembiraan dalam masyarakat Cina, haiwan itu juga dikaitkan dengan tragedi. Sebahagian orang Cina percaya sesebuah keluarga akan ditimpa bencana jika rumah mereka dimasuki ular.

Dalam aspek makanan, ular merupakan makanan eksotik yang digemari penduduk selatan China. Daging ular dipercayai dapat melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan penyakit pada musim sejuk.

Catat Ulasan

18 Ulasan

selipar putih berkata…
amboi ular senang nak jaga?tak paham betul..
Teacher Basariah berkata…
kalau tahun naga,takdak plak yang beli naga?klu tahun ba**?camna lak ek?hihi
Mummy MM berkata…
Geli.. Geli.. Geli..
Azlan Strider berkata…
kat Malaysia tahun ular merupakan satu tahun dimana pekerja dibenarkan mengular..hahahaha

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
Itulah keunikan masyarakat di negara tercinta. Penuh dengan perbezaan budaya. Perbezaan dan kelainan yang menyatukan kita.
Unknown berkata…
kenapa perayaan tahun baru cina camlebih meriah je drpd hari raya.. err
Tanpa Nama berkata…
hiiihi pe2 pun, cuti seminggu..hoyeh2..

ee..jangan nanti ular makan tuan sdh..
Unknown berkata…
remy tahun ular....... moga tahun nie byk kegembiraan buat remy.....
Unknown berkata…
Tahun ular yg membelit....
MyFreeMinded berkata…
Ohhhh tidaklah... Goli den dengan ular2 ni..
seribupilihan berkata…
nie semua propaganda tahun ular..yg untung nya kedai jual cenderahati dan hadiah..kita jgn percaya sgt..ada ke org melayu beli jugak ular??nauzubillah
Unknown berkata…
Dengar "ular" je dh geli..nk pegang apatah lagi!bela???ummmppp...jauh laa kot..Hahaha
Ina ZaLinA berkata…
hehehe dah baca...
geli...
balas kunjungan tadi,, dah boleh baca,,,
http://inazalina.blogspot.com/2013/02/hehehe-jom-baca.html

Bunda_nora berkata…
jgn criter la psl ular ni..geliii..
Unknown berkata…
senang ye nak jaga ular..bila dh besar senang jgak dya nak ngap..bukan knal sgt tuannya..
wantie berkata…
Thn ni beli ular. Bila habis setahun mkn ular tu sebab next ye binatang lain pulak nak kena beli. Hehehe...
Tanpa Nama berkata…
salam saya baru pn tgkp ular tiung dn ular sawa.dikedai manakah sayaboleh jual ular2ini
Tanpa Nama berkata…
Wei Sume Org sikit2 ngap.. Bodoh ke apa nih! Ala sape suruh beli yg boleh mencecah peha! ular susu je kot ball python je kot mana ada ngap kalau ada bdk boleh bela ular 1-2 kg dari telur hingga sedekad ular tu hah? tak malu kah? Ini lah melayu skang ni.. Nampak ular je tikam kepala pastu mengajar gen y untuk takut ular.. sepatutnya mengajar gen y beranikan diri dgn ular bknnya mengajar supaya takut ular haih..