Bakar Diri Kerana Putus Cinta

Bakar Diri Kerana Putus Cinta

hanifidrus
Seorang lelaki di Indonesia yang gagal memenangi cinta seorang rakan sekerja wanitanya yang sudah berkahwin telah bertindak membakar dirinya sendiri di pejabat mereka, menurut polis dan media semalam.

Ketika kejadian, lelaki tersebut, Mochamad Zikra, 30, cuba menarik rakan sekerja wanita itu mendekati dirinya semasa api menyambar tubuhnya. Jurucakap polis, Rikwanto berkata, Mochamad merupakan seorang pekerja logistik kargo menyimbah dirinya dengan minyak petrol sebelum membakar dirinya pada Rabu lalu.
hanifidrus
Media tempatan melaporkan bahawa dia cuba menarik anggota badan wanita yang dicintainya itu, Santi Diosaka Gumelar, yang berusia 26 tahun mendekatinya supaya badan mereka disambar api. Bagaimanapun, seorang pekerja wanita lain bertindak cuba menghalang Santi daripada turut terbakar bersama Mochamad.

"Kedua-dua wanita itu berjaya melepaskan diri daripada dirangkul Mochamad dan mereka kemudian melarikan diri keluar dari pejabat. Badan kedua-dua wanita tersebut turut melecur," kata Rikwanto. Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala Mochamad kemudian diisytiharkan meninggal dunia.

"Kami mengesyaki ia membabitkan masalah percintaan," kata jurucakap polis itu. Seorang ketua detektif polis di Jakarta Timur, Entong memberitahu akhbar The Jakarta Globe, Mochamad telah bercinta dengan Santi selama dua tahun. "Disebabkan telah berkahwin, Santi menolak Mochamad," kata Entong
 

Catat Ulasan

12 Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. kesiannya. tapi tak patutlah dia pergi bakor diri. ish ish. iman tak kuat :'(
Farah Waheda Wahid berkata…
buat apa lah sampai nak membakar2 diri... adui...ceteknya pemikiran... banyak lagi cara penyelesaian...
Unknown berkata…
Mati dengan sia-sia..
Izzat Eshak berkata…
Astaghfirullah.
Unknown berkata…
uihh cinta itu mmg buta.
wantie berkata…
ni yg risau ni. dok jatuh cinta ngan bini irg. adei... buat tindakan yg memang tak bijak langsung...
AmyZana berkata…
Mungkin dia kecewa sangat kot sampai tak dapat nak kawal kekecewaan diri yg melampau. Apa-apa pun, cerita ni biarlah jadi pengajaran utk orang lain. Kalau dah bukan jodoh, kita pasrah jelah. Tak payah susah-susah nak bakar diri kemudian nak tarik orang lain sekali supaya terbakar sama
Unknown berkata…
lol. Ini namanya cinta sehingga membakar diri. Ehh hihihi
Unknown berkata…
aduhai ceteknya iman..sedih sangat..kecut perut ni bro haniff..ngeri. Juahkan ..kuatkan iman kita. Allah maha besar....
Unknown berkata…
korban percintaan..... itulah apabila lemahnya iman...hilang akal kewarasan....
OKje berkata…
hish buat kerja bodoh tu namanya...sendiri yg merana
MyFreeMinded berkata…
kalau nak bunuh diri pun bunuhlah, tapi jangan lah cara yang menyiksa sesangat tu.. aduhai... macam2 betul..