Cintakan Tikus Dari Suami

Cintakan Tikus Dari Suami

Chantal Banks
Seorang wanita berkata, dia lebih cintakan tikus daripada manusia, termasuk suaminya. Chantal Banks, yang akan muncul dalam episod TLC, My Crazy Obsession berkata, dia memiliki 19 ‘sahabat ekor panjang’ yang dianggapnya sebagai anak di kediaman dua biliknya.

Dia membiarkan tikus itu menjilat bibirnya, memakan makanan daripada mulutnya dan berkeliaran ketika dia tidur. Ketaksuban Chantal terhadap tikus bermula sejak dia berusia 16 tahun. “Anda akan sedar matlamat hidup anda sebaik anda menemuinya.
Itu yang berlaku pada saya apabila saya melihat tikus pertama saya,” katanya dalam rancangan itu. Sejak itu tikusnya semakin bertambah dan dia tidak akan membiarkan dirinya bersendirian tanpa mereka
Chantal Banks
Dia bernasib baik kerana suaminya, Chester, dapat menerima minatnya terhadap tikus. Anak mereka, Kevin berkata: “Saya membesar dengan tikus”.

Bagaimanapun, ketaksuban Chantal terhadap tikus sudah tidak terkawal dan perkahwinannya berdepan dengan masalah hingga memaksanya berpindah ke rumah lain. “Suami saya tidak sanggup lagi tinggal dengan tikus.

Sukar bagi kami untuk meneruskan rumah tangga yang kami bina 11 tahun lalu. Dia tidak memahami hati saya. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya lebih cintakan tikus daripada dia,” katanya.
Chantal BanksWanita itu yang kini hidup bersendirian di apartmennya menghabiskan sebahagian besar masa dengan tikusnya. Setiap tikus itu diberi nama manusia, seperti Lily dan Janice. Ia menggambarkan personaliti mereka.

“Burka gemar makan tetapi malas bersenam. Janice suka mencium. Lily pula gemar melompat,” kata Chantal. Menurut wanita itu, dia gemar memakan bersama mereka. Apabila tidak bersama tikusnya untuk seketika, Chantal berkata, dia mengalami masalah GGMR yang bermakna ‘I Gotta More Rats” (Saya perlukan lebih banyak tikus).

Merumuskan ketaksubannya dia berkata: “Saya cintakan tikus lebih daripada manusia. Saya tidak boleh hidup tanpa mereka. Tikus saya cintakan saya. Apabila saya menangis, mereka menjilat air mata saya.”
Chantal Banks

Catat Ulasan

20 Ulasan

Cik Nor berkata…
eii..tak pasal jer kna virus kencing tikus..:)
Unknown berkata…
aduduu eww..
jgnkan nak pegang tikus,tgk pun dah benci.
wanita ni terlebih normal biar tikus tu cium mulut dia -.-
seribupilihan berkata…
eii..gelinya..siap kiss2 lg..huhu
Unknown berkata…
ish ish ish.. obses melampau... tikus yang di sukanya...
ishh... bahaya ni... dia kena betul2 terapkan unsur2 safety...nanti tak pasal2 kena virus kencing tikus... ini minat yang terlalu mendalam ni...
Bin Muhammad berkata…
Memang patut le suami dia tinggalkan... Hobi melampau. Sapa nak duduk dgn tikus!
haryati berkata…
geli dgn tikus....
MyFreeMinded berkata…
Eiiii... air kencing tikus bahaya lah. Emmm ada gak cam ni ek...
wantie berkata…
yakin sesangat. kalau anak dia kena kencing tikus terus dia benci ngan tikus tu. cayalah. walaupun dia sayang tikus melebihi suami. tapi dia akan lebih sayangkan anaknya melebihi tikus tu.

Unknown berkata…
Tu la kan.. hmm mcm2 minat manusia..taksub sgt pn bodoh namanya..
Zam berkata…
tak suka tikus.. geli3.. kucing tak pe ar gak
Unknown berkata…
teringat sorg kawan fahz yg jugak obses dgn tikus.Bukan tikus peliharaan tetapi tikus umah yg suka selongkar tu.eeiii geliiiii laaa.
Aieda Adnan berkata…
ai macam macam minat org putih ni..haha
Aimacomel berkata…
errk, hamster pun dah tak larat nk bela ni plk tikus. pangkah awal2
Mia Kassim berkata…
Bahayanya siap kiss2 lg.....geli dgn tikus
Tanpa Nama berkata…
eeee mcm2 hal..sian suaminya..
Unknown berkata…
manusia semakin pelik....demi utk kepuasan dan juga nama....
OKje berkata…
Tak pulak kena kencing tikus ek!.
Nadia Johari berkata…
kang x psl2 ade yng kwin dgn tikus