Enjin carian Google mengenai Sabah digodam penyokong Sulu

Enjin carian Google mengenai Sabah digodam penyokong Sulu

sulu
Para penyokong kumpulan pengganas Sultan Sulu yang menceroboh Sabah baru-baru ini telah menggodam enjin carian Google.

Penggodam itu menyiarkan maklumat bahawa Sabah bukan negeri yang sah di Malaysia. Hasil keputusan carian enjin itu juga memaparkan keratan kenyataan tersebut yang diambil daripada petikan di laman web Wikipedia.

"Sabah merupakan salah sebuah daripada 13 negeri di Malaysia dan ia dikuasai secara haram," kata kenyataan tersebut dalam bahasa Inggeris. Selain itu, sebuah laman web Kolej Stamford di Malaysia turut digodam pada hujung minggu lalu apabila muka hadapan laman tersebut diganti dengan mesej yang menyatakan: "

Masanya telah tiba untuk menuntut kembali apa yang sebenarnya menjadi hak kami." Beberapa laman berita portal Filipina mendakwa sejumlah laman web di negara tersebut telah diserang oleh para penggodam pro-Malaysia.

Sebelum itu, masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan serangan kumpulan pengganas yang mendakwa mereka Tentera Kesultanan Sulu. Kira-kira 100 sehingga 300 orang pengganas tersebut mendarat di perairan Sabah pada 12 Februari lalu.

Pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh sejumlah anggota penceroboh tersebut. Bagaimanapun, beberapa anggota polis Malaysia turut terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku melibatkan kedua-dua pihak. Pencerobohan itu diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang merupakan adik Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu Artikel Penuh:

Catat Ulasan

21 Ulasan

kucing comel berkata…
confuse ngn tajuk artikel ni hehehe

- Admins Blog 3 Dalam 1

http://blog3dalam1.blogspot.com/

Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu, Perkembangan Militan Di Lahad Datu - Kisah Seluruh Dunia
Unknown berkata…
wajah baru ye bro.......
kita doakan semoga kemelut di lahad datu sgera ditamatkan.....
selipar putih berkata…
haish x belajar sejarah ke dorang ni...
Bin Muhammad berkata…
Sabah kena ceroboh...Kat alam maya pun kena ceroboh juge.
Sape2 yg pandai godam tu, ape lagi...serang le balik. Masa ni lah nak tunjuk kemahiran.
Jgn godam blog gue dah le.
ejulz berkata…
adehhh.. dah makin melarat dah kes ni..
Unknown berkata…
suka2 jer dorang mengaku yg sabah hak milik dorang yer...
Faridzuan berkata…
Ya Allah, jahatnya dorang! T____T
Maisarah Azmi berkata…
mereka tak ada bukti yg menunjukkan sabah milik mereka. buta sejarah ke mereka nie?
Mama Amirul berkata…
Cepat lah selesai semua ni....
Aieda Adnan berkata…
dekat stamford college pny web page pon diorang godam jugak..tp by now, dah ok kot..
Cik Nor berkata…
mcm2 ado....
haryati berkata…
mcm makin rumit je...
Azlan Strider berkata…
rasanya kalau kita report kat wikipedia punya staff mereka akan remove balik article tu rsanya..hehe

Regards,
-Strider-
MyFreeMinded berkata…
Agaknya diaorang kemaruk tak de negeri nak dijadikan tapak pemerintahan sebenarnya kot. Iyelah, Filipina tak mengiktiraf diaorang pun kan. hehe.. pandai2 pulak saya mengandaikan ni.
Teacher Basariah berkata…
semoga segalanya dapat diselesaikan secara aman..kesian rakyat yang tak bersalah menjadi mangsa
Unknown berkata…
buat geram je mereka yg buat kerja ni. tak pernah belajar sejarah.
Unknown berkata…
sebab tu jangan percaya sangat pada Mr google ni hehehehe
ayut berkata…
dikuasai secara haram...?haish org yg bt info dlm tenet ni...nk kena cepuk agknya..jom2x..pakat reramai belajar sejarah semula jom
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif, sejarah dah lepas pun. past is past lah. kecoh je nak buat hura hara kat negara org...
Aimacomel berkata…
mcm2 angkara kan mereka ni. ish, sungguh2 tak faham apa yg mereka mahukan
OKje berkata…
kalau ye pun janganlah sampai menceroboh...