Ferrari Hibrid Berharga RM5 juta

Ferrari Hibrid Berharga RM5 juta





Ferrari semalam melancarkan kereta hibrid pertamanya dengan syarikat berkenaan membutikan teknologi alam sekitar masih mampu menyediakan keseronokan bagi mereka yang sukakan kelajuan.

Kereta berkelajuan tinggi itu diberi nama LaFerrari atau ‘The Ferrari’ adalah kereta paling laju pernah dikeluarkan Ferrari dan bernilai £1 juta (RM5 juta). Ia dilengkapi dengan motor elektrik yang disambung kepada enjin petrol 6.3 liter.

Dengan kelajuan maksimum 220 mph, pandu cuba yang dilakukan di sirkit Ferrari ialah bawah 1 minit 20 saat, lima saat lebih pantas daripada Ferrari Enzo dan tiga saat lebih laju berbanding F12 Berlinetta.

Syarikat itu berkata, LaFerrari, yang muncul kali pertama di Pameran Motor Antarabangsa Geneva semalam, adalah kereta terpantas dalam sejarah Maranello serta kereta hibrid pertama dalam sejarah Ferrari.

“Secara keseluruhan, kereta itu memberi jaminan maksimum kepada pemandu,” kata jurucakapnya. Dicipta untuk kersonokan, LaFerrari mengeluarkan 330g/kilometer karbon dioksida yang meskipun rendah berdasarkan standard kereta super, tetapi masih tinggi berbanding purata kereta hibrid.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
ferrari biasa pon x mmpu..haha..
wantie berkata…
kuasa kuda tu laju nakmamposs. tapi kan kalau bawa kat jalan di malaysia ni dah tak de maknanya kuasa kuda tu. hehehehe...

Asmar Arafad berkata…
wah hebat..nak bli lah..
Bin Muhammad berkata…
Aik...dah mcm blog Auto pulak...hehe, Kereta sport pun dah guna hibrid. Makin laju pulak tu. Teknologi automotive semakin cepat berubah dan maju, Proton kena bergerak pantas kalau tidak semakin ketinggalan lah jawabnye.
Unknown berkata…
ferrari yg dlm gmbr 1st tu. tgk color pun dh mengancam.
TiranaAduka berkata…
bro anep bila nak guna.dah layak dah bro pakai ferari tu.
Unknown berkata…
nanti kalau bro beli... remy nak tumpang ye.....sekali pun takpe.....
Nadia Johari berkata…
kncil pun x leps bli lagi..haha
OKje berkata…
hoyo....mmg dahsyat..mampu tengok ajelah ...itupun kat blog hanifidrus nampak gayanya...