Gadis Lebih Genius Dari Stephen Hawking

Gadis Lebih Genius Dari Stephen Hawking

hanifidrus
Institut cerdik pandai antarabangsa, Mensa, mengiktiraf seorang budak berusia 12 tahun sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.

Olivia Manning dari Liverpool juga dikatakan lebih genius daripada saintis fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.

Media tempatan melaporkan dengan catatan IQ sebanyak itu, Olivia muncul sebagai sebahagian daripada satu peratus orang paling pintar di dunia. Murid sekolah North Liverpool Academy di Everton itu kini menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan penyelesaian teori matematik dan fizik.
hanifidrus

“Ramai orang datang minta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Saya menerima mereka dengan hati terbuka kerana dengan cara ini otak saya sentiasa berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas," katanya dalam laporan Dailymail

Olivia mengaku, beliau mudah mengingati formula atau apa juga formasi malah media juga menyifatkan, sekiranya ukuran IQ beliau mencecah skor sedemikian maka beliau mempunyai kemampuan menghafal novel karya Shakespeare, Macbeth, dalam masa 24 jam

Catat Ulasan

11 Ulasan

Farah Waheda Wahid berkata…
wah lebih hebat dari stephen hawking... budak ni betul2 genius la gitu...hurm... anugerah ni...

*tiba2 terfikir, kalau saya buat IQ test berapalah agaknya markah yang saya dapat...
Unknown berkata…
Alahai beruntungnya punya otak yang genius..
Nadia Johari berkata…
ramai sekrng budk2 yang genius..
Unknown berkata…
perrgghhh, hebat nya. siap boleh hafal novel lagi.
Shaiful Zaidi berkata…
betul2 hebat....genius.
Unknown berkata…
huiyoo !! hebaknye, mintak skett skor IQ tuh. hehe.. Subhanallah wabihamdihi :)
wantie berkata…
hebat!!! tengok ia tulis formula matematik tu pun, otak aku jadi jammed dah.. hahahaha..
kucing comel berkata…
siapa stephen hawking x kenal pun hahhaa

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
ayut berkata…
mmg anugerah bt dia...bertuah badan..tp tu la klu kit ani di asah slalu otak yer genius jgkla kot kan.. ;p
Unknown berkata…
memang genius dia nie....Kuasa Allah memberikannya kelebihan.....
OKje berkata…
Kalaulah dpt anak genius cam ni......